Kerja naik taraf Masjid Alkaff Kampung Melayu lancar

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kerja naik taraf Masjid Alkaff Kampung Melayu lancar

Kerja naik taraf Masjid Alkaff Kampung Melayu lancar

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
masjid alkaff kampung melayu, naik taraf
Beginilah rupa dewan solat utama Masjid Alkaff Kampung Melayu dengan bahagian kanan turut menjalani proses naik taraf. - Foto MASJID ALKAFF KAMPUNG MELAYU

Sehingga Mac 2026, Projek Peningkatan Masjid (MUP) Fasa 1 di Masjid Alkaff Kampung Melayu berjalan lancar mengikut perancangan dan dijangka siap menjelang pertengahan 2026.

Walaupun jemaah terpaksa menyesuaikan diri dengan ruang yang lebih terhad buat sementara waktu, kami amat bersyukur kerana mereka terus menunjukkan kesabaran serta memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang tempoh kerja dijalankan.

Fasa pertama projek ini memberi tumpuan kepada penambahbaikan kemudahan utama masjid demi keselesaan jemaah.

Antara kerja yang sedang dilaksanakan termasuk pembinaan lif baru bagi memudahkan akses, khususnya bagi warga emas dan mereka yang mempunyai keperluan mobiliti.

Selain itu, bilik darjah dan dewan serba guna turut dinaik taraf bagi menyokong kegiatan pendidikan dan program masyarakat yang semakin berkembang.

Kemudahan lain seperti pejabat masjid, tempat wuduk dan tandas juga sedang diperbaharui agar lebih selesa, moden dan mesra pengguna.

Apabila Fasa 1 selesai, jemaah boleh menjangkakan perubahan fizikal yang lebih ketara dan tersusun.

Ruang pejabat serta kaunter penerimaan akan menjadi lebih teratur, sekali gus memudahkan urusan harian jemaah.

Keseluruhannya, penambahbaikan ini diharap dapat meningkatkan pengalaman jemaah ketika beribadah dan menghadiri pelbagai program di masjid.

Menjelang Fasa 2, tumpuan akan beralih kepada ruang utama solat dan kawasan sekitarnya.

Sepanjang tempoh tersebut, beberapa pelarasan sementara mungkin diperlukan, namun pihak masjid beriltizam memastikan kegiatan ibadah dan program masyarakat terus berjalan sebaik mungkin tanpa gangguan yang besar.

Perubahan ini pastinya membawa rasa sentimental, terutama apabila Ramadan dan Hari Raya 2026 menjadi antara detik terakhir dalam susun atur lama masjid yang penuh kenangan.

Bagi ramai jemaah, ruang ini menyimpan pelbagai pengalaman indah, daripada solat berjemaah hingga ke majlis ilmu dan program kemasyarakatan.

Namun begitu, kami yakin perubahan ini adalah satu langkah penting demi masa depan masjid dan generasi akan datang.

Sokongan masyarakat terus menjadi tunjang utama dalam menjayakan projek ini.

Jemaah boleh menyumbang melalui pelbagai cara, termasuk secara dalam talian, di pejabat masjid atau melalui perkhidmatan kutipan dari rumah.

Harapan kami agar Masjid Alkaff Kampung Melayu akan terus berkembang sebagai pusat ibadah, ilmu dan masyarakat yang lebih selesa, terangkum dan relevan untuk semua lapisan masyarakat, termasuk generasi muda.

Penulis ialah Pengurus Masjid di Masjid Alkaff Kampung Melayu.

CARA DERMA KEPADA DANA PENINGKATAN MASJID ALKAFF KAMPUNG MELAYU:

1. Untuk keterangan lanjut, hubungi Masjid Alkaff Kampung Melayu di talian 6242-7244.

2. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 581-608668-001. Nyatakan ‘Dana Peningkatan’ pada ruangan ‘Rujukan’, dan e-mel tangkap layar transaksi anda kepada finance@alkaffkm.mosque.sg.

3. PayNow ke UEN: S94MQ0017D. Nyatakan ‘Dana Peningkatan’ di bahagian ‘Rujukan’.

4. Kirim cek atas nama LPM ALKAFF KG MELAYU. Nyatakan ‘Dana Peningkatan’, tulis nama, alamat dan nombor telefon anda di bahagian belakang cek dan kirimkan ke Masjid Alkaff Kampung Melayu di alamat 200 Bedok Reservoir Road, Singapura 479221.

* Ikuti Masjid Alkaff Kampung Melayu di TikTok: @alkaffkm; Facebook: Masjid Alkaff Kampung Melayu; dan Instagram: @alkaffkgmelayumosque.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg