Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kerja naik taraf Pusat Muhammadiyah sudah bermula

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERSATUAN MUHAMMADIYAH

Kerja naik taraf Pusat Muhammadiyah sudah bermula

Persatuan perlu dana; kos untuk dewan solat dan kawasan sekitar sudah jangkau $1.6j
Mar 29, 2024 | 05:30 AM



Persatuan Muhammadiyah ingin mengajak masyarakat melaksanakan infak bagi menaiktaraf ibu pejabatnya melalui Projek Wahdah. Ini sekali gus bagi meraih peluang mendapat ganjaran daripada perbuatan murni ini dalam kita melangkah ke sepuluh malam terakhir Ramadan.

“Setiap apa yang kita berikan, Allah yang Maha Pemurah akan memberikan ganjaran pahala dan juga akan membalas apa yang kita kehilangan semasa berinfak dan berzakat. Ia akan dikembalikan dalam bentuk kecukupan harta, kesihatan badan, ketenteraman jiwa dan keberkatan hidup,” kongsi Presiden Persatuan Muhammadiyah, Ustaz Muhammad Azri Azman. 

Pusat Muhammadiyah, sudah hampir sebulan dimulakan kerja naik tarafnya. Kebanyakan kerja merobohkan sedang dijalankan sekarang, termasuk dewan solat yang akan dinaikkan taraf dan diperluaskan untuk menampung sekurangnya 30 peratus lebih jemaah. 

Ustaz Muhammad Azri berkata demi memberi lebih keselesaan kepada jemaah, alat penyaman udara dan sistem audio dan visual baru akan dipasang di dewan solat. Kawasan tangga hadapan akan dianjak lebih jauh ke luar untuk memberi ruang kepada dewan yang lebih besar.

Dewan ini juga akan digunakan bagi kegiatan kemasyarakatan lain yang berfaedah seperti ceramah, pengajian, sesi penglibatan belia,  perhimpunan dan kawasan kegiatan seperti orientasi dan pembelajaran solat praktikal untuk pelajar tadika dan madrasah hujung minggu, ujarnya.

Menurut Ustaz Muhammad Azri lagi, perkarangan sekitar dewan juga akan digunakan untuk majlis iftar/buka puasa komuniti, perhimpunan dan juga untuk ibadah korban semasa Hari Raya Aidiladha. Jumlah kos ruang komuniti sahaja (dewan solat dan kawasan sekitar) dianggarkan $1.6 juta.

Projek Wahdah juga termasuk menaik taraf bilik darjah untuk madrasah dan kelas agama, ruang pejabat dan kemudahan kakitangan dan anggota, memasang tempat berlindung yang lebih baik di sekitar bangunan utama, dan menambah tingkat empat untuk dewan serba guna.

Bagi mereka yang berminat untuk menderma atau mengetahui lebih lanjut mengenai Projek Wahdah, Muhammadiyah menjemput anda datang ke gerai persatuan ini di bazar di Bedok atau Geylang pada Ramadan ini. 

Model replika turut dipamerkan di bazar Bedok untuk mendapatkan gambaran dan lakaran terbaik tentang rupa bangunan baru kelak.

“Persatuan Muhammadiyah amat mengalu-alukan orang ramai agar singgah di bazar Muhammadiyah untuk menghulurkan sumbangan mereka demi membantu membangunkan masyarakat kita. Muhammadiyah juga menerima sumbangan zakat, infak dan fidyah,” kata Ustaz Muhammad Azri.

Temui Muhammadiyah di bazar-bazar ini, setiap hari dari 2 petang hingga 9 malam, untuk menyempurnakan sedekah anda, atau anda boleh layari muhammadiyah.org.sg/zakat untuk maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >