Kerja naik taraf sistem bekalan kuasa NEL dimula pada 2026

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kerja naik taraf sistem bekalan kuasa NEL dimula pada 2026

Ia akan makan masa beberapa tahun, khidmat kereta api mungkin ditutup lebih lama
Feb 13, 2026 | 7:21 PM

Kerja naik taraf sistem bekalan kuasa NEL dimula pada 2026

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Gangguan yang menjejaskan Laluan Timur Laut (NEL) pada 12 Ogos 2025 berlangsung selama tiga jam.
Gangguan yang menjejaskan Laluan Timur Laut (NEL) pada 12 Ogos 2025 berlangsung selama tiga jam. - Foto fail

Kerja menaik taraf sistem bekalan kuasa Laluan Timur Laut (NEL) akan bermula pada 2026, menyusuli penerimaan cadangan pasukan petugas oleh pemerintah pada 13 Februari.

Pembaharuan ini termasuk menaik taraf sistem pengambilan kuasa di depoh NEL Sengkang untuk kapasiti yang lebih tinggi, serta penambahan substesen kuasa tarikan bagi menukar elektrik grid ke voltan kereta api.

Kerja-kerja yang dijangka mengambil masa beberapa tahun ini mungkin memerlukan penutupan perkhidmatan lebih lama untuk memudahkan proses, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), SMRT, dan SBS Transit (SBST) dalam kenyataan bersama.

Cadangan untuk sistem sandaran NEL yang lebih tahan lasak ini dikemukakan pasukan petugas kebolehpercayaan kereta api dalam laporan mereka kepada Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Jeffrey Siow, pada 30 Disember 2025.

Selain pembaharuan aset, laporan itu juga menyentuh penambahbaikan pemulihan perkhidmatan semasa gangguan, pengurusan alat ganti, pemantauan rangkaian, dan pengukuhan tenaga kerja kereta api.

Kementerian Pengangkutan (MOT) menyatakan pelaburan awal akan dibiayai oleh MOT dan LTA, sebahagian daripada suntikan dana $1 bilion selama lima tahun yang diumumkan pada 2025 untuk pengurusan aset dan keupayaan tenaga kerja kereta api.

Laporan itu mengutamakan pembaharuan tiga sistem utama – tren, isyarat, dan kuasa – serta menggesa agar prosesnya dipercepat.

Bagi NEL, pengambilan kuasa yang dinaik taraf dijangka mampu membekalkan seluruh laluan dengan selesa, dengan ruang tambahan untuk keperluan masa depan.

Pasukan petugas juga mencadangkan pembinaan pengambilan kuasa baru berkapasiti tinggi di bandar sebagai sandaran jangka panjang.

Kerja-kerja ini turut merangkumi Sengkang-Punggol LRT, bertujuan meningkatkan kebolehpercayaan kedua-dua laluan kendalian SBST.

Usaha ini susulan siasatan mendapati kegagalan papan suis kuasa di sebuah substesen NEL telah menyebabkan gangguan tiga jam di laluan MRT dan 10 jam di LRT pada Ogos 2025.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg