Kerjasama KrisShop, SPH Media tawar langganan digital ST, BT 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kerjasama KrisShop, SPH Media tawar langganan digital ST, BT 

Mar 3, 2026 | 2:36 PM

Kerjasama KrisShop, SPH Media tawar langganan digital ST, BT 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Semua pelan menawarkan akses berita digital premium serta akhbar elektronik, dengan akses arkib sehingga dua minggu.
Semua pelan menawarkan akses berita digital premium serta akhbar elektronik, dengan akses arkib sehingga dua minggu. - Foto ST

Pembeli di KrisShop, platform dalam talian milik Singapore Airlines (SIA), kini boleh mendapatkan langganan digital The Straits Times (ST)  dan The Business Times (BT) menerusi kolaborasi baru antara dengan SPH Media.

Mata ganjaran KrisFlyer boleh digunakan untuk menebus langganan berita digital ini, dan sebagai insentif sesiapa yang membeli langganan antara 3 Mac hingga 16 Mac akan menikmati mata ganjaran KrisFlyer berganda, jelas SPH Media dalam kenyataan pada 3 Mac.

Langganan prabayar penuh selama 12 bulan berikut ditawarkan sepanjang tempoh promosi:

  1. The Straits Times One Digital (akses pada satu peranti): $108.99 atau 10,899 mata KrisFlyer, bersama baucar digital Holistic Way bernilai $20.
  2. The Straits Times All Digital (akses pada pelbagai peranti): $329.17 atau 32,917 mata  KrisFlyer, bersama baucar digital Holistic Way bernilai $50.
  1. The Business Times Personal (akses pada satu peranti): $108.99 atau 10,899 mata KrisFlyer, bersama baucar digital Holistic Way bernilai $20.
  1. The Business Times All Digital (akses pada pelbagai peranti): $362.20 atau 36,220 mata KrisFlyer, bersama baucar digital Holistic Way bernilai $50.

Semua pelan menyediakan akses berita digital premium serta akhbar elektronik dengan akses arkib sehingga dua minggu.

Ketua strategi media SPH Media, Cik Tina Pang, berkata: “Kerjasama ini membolehkan kami membawa laporan berita yang dipercayai kepada lebih ramai pembaca, sambil menonjolkan perspektif unik Singapura yang menjadi identiti penerbitan kami.”

Beliau menambah bahawa kerjasama itu akan memperluas “akses kepada berita yang boleh dipercayai dengan cara yang mudah dan relevan kepada pengguna masa kini”.

Pengarah komersial KrisShop, Cik Anne Jivananta, berkata: “Penerbitan SPH Media diiktiraf secara meluas sebagai antara sumber berita paling lama bertapak di Singapura, dan kami berbesar hati untuk membawanya ke KrisShop.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg