Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Kerjasama MHA, Ocha hapus kandungan jenayah dalam talian sepantas 24 jam

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama MHA, Ocha hapus kandungan jenayah dalam talian sepantas 24 jam

Feb 27, 2024 | 07:57 PM



Jika wadah dalam talian tidak menghapuskan kandungan yang didakwa digunakan untuk aktiviti jenayah dalam garis masa yang ditetapkan selepas diberitahu oleh pihak berkuasa untuk berbuat demikian, mereka akan dianggap telah melakukan kesalahan.

Pada 27 Februari, Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Ehwal Dalam Negeri), Cik Sun Xueling, berkata di Parlimen bahawa Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) sedang bekerjasama dengan wadah dalam talian untuk mematuhi arahan sedemikian di bawah Akta Bahaya Jenayah Dalam Talian (Ocha) dalam tempoh 24 jam.

Arahan ini dibuat sedang kes penipuan di sini mencapai rekod tertinggi pada 2023 dengan 46,563 kes dilaporkan, meningkat 46.8 peratus daripada 31,728 kes pada 2022, lapor The Straits Times.


Jumlah kes penipuan yang dilaporkan melibatkan wadah dalam talian meningkat lebih dua kali ganda dari 2021 hingga 2023, kata Cik Sun.

Beliau menjawab soalan Cik Yeo Wan Ling (GRC Pasir Ris-Punggol) mengenai langkah yang diambil polis untuk mengawal penggunaan aplikasi dalam talian, termasuk kumpulan sembang dan wadah pemesejan, bagi aktiviti haram seperti penjualan dadah terlarang.

Cik Sun berkata, MHA telah bekerjasama dengan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) serta agensi penguatkuasaan lain untuk menangani aktiviti dalam talian yang menyalahi undang-undang.

Beliau memberi contoh Ocha, yang membolehkan pemerintah mengarahkan penghapusan laman web, aplikasi dan akaun dalam talian yang disyaki digunakan bagi aktiviti jenayah. Ocha berkuat kuasa mulai 1 Februari 2024.

“Ocha juga membenarkan kami mengeluarkan kod amalan yang memerlukan penyedia perkhidmatan dalam talian yang ditetapkan untuk meletakkan sistem, proses dan langkah untuk mengganggu penipuan dan aktiviti siber berniat jahat,” ujar Cik Sun

Kod amalan itu akan diperkenalkan pada 2024, tambahnya.

Mengenai jual beli dadah secara haram dalam talian, Cik Sun berkata bilangan pesalah yang disyaki menggunakan Telegram untuk menjalankan transaksi dadah yang dikesan Biro Narkotik Pusat (CNB) menurun sebanyak 17 peratus dari 2021 hingga 2023.

Beliau menambah: “CNB terus menjalankan operasi terhadap sindiket dan orang yang menggunakan perkhidmatan pesanan segera atau wadah media sosial lain untuk melakukan aktiviti dadah.

“CNB juga bekerjasama rapat dengan penyedia perkhidmatan untuk mengesan dan mencegah pengiklanan ubat terkawal pada perkhidmatan mereka.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >