Kertas undi Pilihan Raya Presiden 2023 dimusnah
Lebih 2.5 juta kertas undi dan dokumen lain yang digunakan dalam Pilihan Raya Presiden 2023 telah dimusnahkan, sebagai sebahagian daripada proses bagi memastikan kerahsiaan undi.
Pada 2 Mac, kotak-kotak yang tertutup mengandungi kertas-kertas undi dan dokumen lain telah dipindahkan pada sebelah pagi dari Mahkamah Tinggi ke Loji Pembakaran Tuas Selatan untuk dimusnahkan.
Presiden Tharman Shanmugaratnam dan calon-calon lain tidak berada di sana untuk menyaksikan proses tersebut – seperti yang dibenarkan Jabatan Pilihan Raya (ELD).
Pilihan Raya Presiden 2023 telah berlangsung pada 1 September 2023 dan melibatkan tiga calon.
Lebih 2.5 juta warga Singapura telah keluar mengundi pada 1 September lalu untuk memilih Presiden baru Singapura.
Presiden Tharman Shanmugaratnam menang pilihan raya tersebut dengan 70.41 peratus undi.
Calon lain, Encik Ng Kok Song dan Encik Tan Kin Lian masing-masing menerima 15.72 peratus dan 13.87 peratus undi.
Terdapat 2,480,760 undi yang dibuang, dengan 50,152 undi ditolak.

