Kes Audrey Fang: Keluarga mohon mahkamah Sepanyol lanjut tahanan suspek

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes Audrey Fang: Keluarga mohon mahkamah Sepanyol lanjut tahanan suspek

Feb 21, 2026 | 4:33 PM

Kes Audrey Fang: Keluarga mohon mahkamah Sepanyol lanjut tahanan suspek

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Mitchell Ong, audrey fang, murder
Mitchell Ong (kiri) dituduh membunuh warga Singapura, Cik Audrey Fang, di Sepanyol pada April 2024. - Foto INSTAGRAM STRONGESTASIAN, FACEBOOK FANG DIROU

Keluarga mendiang Cik Audrey Fang, yang dibunuh di Sepanyol pada 2024, telah memohon kepada mahkamah Sepanyol supaya suspek, Mitchell Ong, terus ditahan selama dua tahun lagi.

Cik Fang, seorang warga Singapura yang mengembara ke Sepanyol seorang diri, ditemui mati dengan 30 kesan tikaman pada 10 April 2024 di sebuah padang di bandar Abanilla.

Ong, yang juga warga Singapura, ditangkap di Sepanyol pada 16 April 2024.

Peguam keluarga Cik Fang, Encik Manuel Martinez, yang bertindak sebagai pendakwa swasta, berkata tempoh tahanan praperbicaraan Ong bakal tamat tidak lama lagi, menurut dokumen yang dilihat media Sepanyol, La Verdad.

Pendakwa swasta membolehkan mangsa mengambil bahagian aktif dalam prosiding jenayah dengan mengemukakan bukti dan menuntut pampasan sama ada bersama atau secara berasingan daripada pendakwa awam.

Menyatakan kebimbangan bahawa Ong mungkin cuba melarikan diri jika dibebaskan, Encik Martinez memohon kepada hakim supaya mengekalkan tahanan Ong untuk tempoh lebih lama.

Dokumen yang dilihat oleh La Verdad menyatakan Ong tidak mempunyai sumber kewangan mahupun hubungan dengan Sepanyol, serta memberi amaran dia mungkin cuba mempengaruhi siasatan.

Seseorang yang ditahan praperbicaraan di Sepanyol boleh ditahan sehingga dua tahun.

Tempoh itu boleh dilanjutkan lagi dua tahun jika kes tidak dapat dibawa ke perbicaraan dalam tempoh tersebut.

Ong kini sedang menunggu perbicaraan. Jika didapati bersalah atas pembunuhan, dia boleh dipenjarakan antara 15 dengan 25 tahun.

Peguam yang dilantik mahkamah bagi pihak Ong, Cik Maria Jesus Ruiz de Castaneda, memohon supaya kes itu dibatalkan.

Cik Fang, 39 tahun, berlepas ke Sepanyol pada 4 April 2024 dan tidak dapat dihubungi pada malam 9 April 2024.

Cik Fang pernah memberitahu keluarganya beliau mungkin akan bertemu seorang bekas rakan sekerja di sana.

Pada Jun 2024, rakan Cik Fang memberitahu mahkamah Sepanyol beliau mempunyai perasaan terhadap Ong, 43 tahun, yang ditemuinya melalui rangkaian sosial untuk mencari pasangan.

Rakan itu menyatakan Ong hanya nampak berminat untuk menjual aset kewangan kepada Cik Fang.

Dia pernah menjual dua polisi pelaburan berkaitan insurans kepada Cik Fang pada 2015, ketika bekerja sebagai ejen insurans dengan AIA.

Dia juga didapati dinamakan sebagai penerima tunggal simpanan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) Cik Fang, dengan akaun yang dilaporkan mengandungi $498,000.

Pada Jun 2025, siasatan mendedahkan salah satu daripada dua profil DNA lelaki yang ditemui pada mayat Cik Fang sepadan dengan keturunan bapa Ong.

Peguam Ong pada masa itu berkata penemuan tersebut tidak boleh digunakan untuk mengenal pasti individu secara muktamad, kerana penanda genetik itu dikongsi oleh semua lelaki dalam keturunan bapa Ong.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg