Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes bunuh di Sepanyol: Lelaki dituduh bunuh Audrey Fang disifatkan agresif

Sep 23, 2024 | 7:56 PM
Polis Sepanyol sedang menyiasat kemungkinan pembunuhan bermotif ‘ekonomi’.
Polis Sepanyol sedang menyiasat kemungkinan pembunuhan bermotif ‘ekonomi’. - Foto ST

Lelaki yang dituduh membunuh warga Singapura, Cik Audrey Fang, 34 tahun, di Sepanyol bertemu dengan temanitanya dari Ukraine beberapa hari selepas kejadian dan memberitahu dia berharap masalah kewangannya dapat diselesaikan tidak lama lagi.

Wanita itu, yang baru-baru ini memberi keterangan di mahkamah Sepanyol, berkata beliau menyedari tertuduh, Mitchell Ong, 43 tahun, mengalami kecederaan pada lututnya, lapor media Sepanyol, La Verdad, pada 23 September.

Wanita itu, yang tidak dinamakan, menyifatkan Ong sebagai seorang yang agresif. 

Ong, dan wanita Ukraine itu pernah menjalin hubungan romantik selama beberapa tahun tetapi ia telah terputus.

Dia juga pernah memberitahu wanita itu mengenai masalah kewangan yang dihadapinya.

Berdasarkan laporan media, tidak jelas sama ada perbicaraan Ong telah dimulakan, atau pertuduhan yang dihadapinya. 

Sebelum ini, Ong dilaporkan berada dalam tahanan praperbicaraan di Sepanyol sejak 16 April, selepas Cik Fang ditemui mati dengan 30 kesan tikaman dan kecederaan lain berhampiran kawasan meletak lori di bandar Abanilla pada 10 April.

Lokasi tersebut terletak sekitar 150 kilometer dari hotel Cik Fang.

Ong, yang menginap di hotel lain, telah ditahan dalam biliknya, dan beberapa barang peribadi milik Cik Fang dijumpai.

Laporan bedah siasat awal mendedahkan trauma di kepala dan luka tikaman sebagai punca kematian mangsa.

Cik Fang berlepas ke Sepanyol pada 4 April dan tidak dapat dihubungi pada malam 9 April. Beliau memberitahu keluarganya beliau mungkin bertemu dengan bekas rakan sekerjanya di sana.

Pada Jun, dua rakan Cik Fang memberitahu mahkamah beliau berminat secara romantik dengan Ong.

Mereka berkenalan melalui aplikasi cari jodoh dalam talian sejak 2014 dan hubungan mereka disifatkan sebagai tidak menentu.

Mereka juga menambah Ong, yang mendakwa dirinya sebagai pakar kewangan, kelihatan hanya berminat menjual aset kewangan kepada Cik Fang. 

Polis Sepanyol sedang menyiasat kemungkinan pembunuhan itu bermotifkan “ekonomi”.

Pada awal Jun, mahkamah diberitahu bahawa Ong adalah satu-satunya benefisiari Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mangsa yang dilaporkan berjumlah $498,000.

Beberapa bukti kukuh yang mengaitkan Ong dengan pembunuhan Cik Fang telah dijumpai. 

Sepasang kasut sukan edisi terhad yang ditemui di bilik hotel Ong sepadan dengan kesan tapak kaki di tempat kejadian. 

Data daripada pengendali telefon bimbit mereka juga menunjukkan kededua warga Singapura itu berada di kawasan yang sama pada hari kejadian tersebut. 

Kereta yang disewa oleh Ong turut terakam di kamera litar tertutup (CCTV) tempat Cik Fang ditemui mati.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg