Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes penjawat politik luar negara terima hadiah

Sep 24, 2024 | 6:40 PM
Perdana Menteri Britain, Encik Keir Starmer, mengisytiharkan beliau peroleh barangan berharga bernilai lebih 100,000 paun sebagai pemimpin Parti Buruh.
Perdana Menteri Britain, Encik Keir Starmer, mengisytiharkan beliau peroleh barangan berharga bernilai lebih 100,000 paun sebagai pemimpin Parti Buruh. - Foto AFP

Terdapat beberapa kes penjawat politik di luar negara yang menerima hadiah atau barangan berharga.

Berikut dua contoh kes dari Britain.

Perdana Menteri Britain, Keir Starmer

Perdana Menteri Britain, Encik Keir Starmer, mengisytiharkan beliau memperoleh barangan berharga bernilai lebih 100,000 paun ($172,000) sebagai pemimpin Parti Buruh.

Ini termasuk 40 set tiket percuma yang kebanyakannya untuk perlawanan bola sepak, tiket konsert Taylor Swift bernilai 4,000 paun, tiket konsert Coldplay bernilai 698 paun, dan tiket percutian ke Wales selama empat hari bernilai 4,500 paun yang disediakan syarikat Crownhawk Properties pada August 2023.

Encik Starmer juga menerima sebanyak 155,122 paun antara 2020 dengan 2024 daripada Lord Waheed Alli, seorang usahawan media dan ahli politik yang menderma kepada Parti Buruh.

Ini termasuk menerima pakaian kerja bernilai 16,200 paun, penginapan bernilai lebih daripada 20,000 paun, cermin mata bernilai 2,485 paun, dan pakaian diterima isterinya yang bernilai 5,000 paun.

Bekas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson

Ketika beliau masih Perdana Menteri Britain, Encik Boris Johnson, mengisytiharkan bahawa penginapan percutiannya di Pulau Mustique, Caribbean ditanggung pengasas bersama syarikat telekomunikasi, Carphone Warehouse, Encik David Ross, yang juga penyokong Parti Konservatif.

Beliau dikritik anggota pemantau piawaian parlimen kerana gagal menjelaskan dengan segera bagaimana perjalanannya ke Pulau Mustique dibiayai.

Encik Johnson juga mengisytiharkan beliau diundang ke satu parti dianjurkan untuk meraikan kemenangannya dalam pilihan raya Parti Konservatif. Parti itu, bernilai 12,000 paun, ditanggung dan dianjurkan Brown’s Hotel.

Selepas menjadi Perdana Menteri Britain pada 2019, Encik Johnson memutuskan untuk mengubahsuai flatnya di Downing Street, yang menelan kos lebih daripada 112,000 paun.

Beliau menegaskan dana daripada Parti Konservatif tidak digunakan untuk kerja pengubahsuaian itu.

Namun, ia didedahkan lebih 50,000 paun daripada penderma Parti Konservatif, Lord David Brownglow, digunakan untuk kerja pengubahsuaian tersebut.

Encik Johnson kemudian membayar keseluruhan kos kerja pengubahsuaian itu sendiri.

Sejak mengundur diri sebagai Perdana Menteri, Encik Johnson telah mengisytiharkan beliau menerima penginapan percuma bernilai lebih 100,000 paun daripada penderma Parti Konservatif, Encik Anthony dan Cik Carole Bamford, serta basikal terpakai bernilai 4,000 paun daripada presiden wilayah Kurdistan, Encik Nechirvan Idris Barzani. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg