Seramai lima orang yang berada di Orchard Central pada 1 Januari telah dikejarkan ke hospital akibat kecederaan menyusuli satu insiden dipercayai melibatkan penggunaan pisau pada awal pagi di tingkat 11 pusat beli-belah itu.
Jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memberitahu The Straits Times (ST) pada 2 Januari, SCDF menerima panggilan kecemasan di 181 Orchard Road kira-kira 4.10 pagi dan membawa lima orang ke Hospital Besar Singapura (SGH).
Alamat tersebut adalah Orchard Central.
Kejadian ini berlaku hanya dua minggu selepas seorang lelaki berusia 61 tahun ditangkap pada 20 Disember 2023 setelah didakwa mengelar seorang lelaki dan dua wanita di sebuah kedai telefon mudah alih di Pasir Ris West Plaza.
Suspek dikenali oleh mangsa dan polis menjelaskan bahawa siasatan awal menunjukkan bahawa mereka tidak mempunyai hubungan mesra.
Terdapat kira-kira 150 jenayah berkaitan serangan pisau setiap tahun dari 2017 hingga 2021.
Jenayah ini melibatkan kes pembunuhan, perompakan, pergaduhan dan kecederaan serius.
Kira-kira 36 peratus kes itu berlaku di kawasan kediaman dan 3 peratus pula di premis pendidikan.
Baki kes berlaku di tempat awam dan komersial lain.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg