Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Kes serangan pisau di Commonwealth: Lelaki tiada rekod jenayah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes serangan pisau di Commonwealth: Lelaki tiada rekod jenayah

Feb 04, 2024 | 06:30 PM



Lelaki berusia 20 tahun yang didakwa menyerang tujuh orang awam termasuk seorang budak enam tahun pada 3 Februari dengan menggunakan pisau, pencencang dan kededua tangannya bertindak secara sendiri dan tiada rekod jenayah.

Inilah yang polis perolehi daripada siasatan awal yang hasilnya dikongsi kepada media pada 4 Februari di Divisyen Polis Clementi.

Menurut polis, suspek berkenaan akan didakwa di mahkamah kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya. Dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah, kata polis.

Perintah mahkamah pula memohon supaya suspek direman di Institut Kesihatan Mental (IMH) untuk penilaian psikiatri.

Dalam pada itu, tiga lelaki yang tidak mengenali satu sama lain diberi penghargaan kerana bersatu hati menahan lelaki berkenaan ekoran khuatir lebih ramai orang cedera.

Encik Mok Kwong Heng, 61 tahun, Encik Gangatharan Saravanan, 28 tahun, dan Encik Emmanuel Ee Wei Chun, 21 tahun, diberi Anugerah Semangat Kemasyarakatan Awam, Pasukan Polis Singapura (SPF) atas keberanian dan semangat kemasyarakatan menahan suspek, 20 tahun, sebelum ketibaan polis.

Anugerah itu disampaikan oleh Komander Divisyen Polis Clementi, Penolong Superintenden Polis (ASP) Serene Chiu di Divisyen Polis Clementi.

ASP Chiu berkata polis menerima panggilan sekitar 7 malam pada 3 Februari, berkenaan seorang lelaki yang memegang pisau mata lebar sambil berlari ke arah 301 Commonwealth Avenue.

Dengan bantuan sekumpulan orang awam, termasuk ketiga-tiga penerima anugerah, polis menahan suspek di kondominium Queen’s Peak yang terletak di 1 Dundee Road pada 7.18 malam.

Tindakan suspek menyebabkan dua lelaki berusia 76 dan 40 tahun, serta seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun mengalami kecederaan ringan. Mereka dalam keadaan sedar ketika dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH) dan menerima rawatan pesakit luar di sana.

Tiga lelaki lain, berusia 54 tahun, 21 tahun dan 20 tahun, serta seorang wanita berusia 45 tahun turut mengalami cedera ringan, tetapi menolak bantuan perubatan lanjut.

Encik Ee, yang juga mangsa serangan suspek, memutuskan untuk campur tangan kerana enggan kanak-kanak dan warga emas di situ cedera.

Encik Mok, seorang pekerja pembersihan di Pusat Penjaja Margaret Drive, sedang menuju ke majlis makan malam Tahun Baru Cina di kelab masyarakat berdekatan berkata:

“Kami menjerit kepada suspek, dan ketika dia berlari ke arah stesen MRT Queenstown, kami terus mengejarnya. Saya berhenti untuk menghubungi polis supaya kami mendapat bantuan,” jelasnya.

Encik Mok, Encik Gangatharan dan Encik Ee terus mengejar suspek sebelum mengepungnya di pos pengawal keselamatan di kondominium Queen’s Peak.

Encik Mok berkata: “Semasa kami menghampirinya, dia terus menghayunkan pisau mata lebarnya ke arah kami. Jadi saya mencapai tiang kayu dari dahan sebuah pokok dan menyuruhnya melepaskan senjatanya. Jika tidak, kami akan memukulnya.”


Menurut Encik Gangatharan, suspek melepaskan senjatanya serta-merta seolah-olah dia takut. Lantai juga basah kerana ia hujan lebat sebelum itu sehingga menghambat suspek daripada berlari pantas.


“Kami bertiga sebenarnya tiada rancangan menahannya. Kami cuma risau jika dia tidak ditahan, ramai orang lain yang akan cedera,” ujarnya.


ASP Chiu berkata: “Polis ingin memuji orang awam yang menahan pesalah sebelum ketibaan polis. Keberanian mereka menghalang pesalah itu daripada mendatangkan bahaya kepada orang ramai.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >