Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kesan kaedah penipu

Bertindak terhadap penipuan
Sep 19, 2024 | 12:39 PM
Jangan terpedaya dengan penyamaran panggilan telefon sebagai ‘pegawai polis’ atau ‘pegawai pemerintah’. Semak dahulu sebelum bertindak.
Jangan terpedaya dengan penyamaran panggilan telefon sebagai ‘pegawai polis’ atau ‘pegawai pemerintah’. Semak dahulu sebelum bertindak. - Foto ISTOCKPHOTO

Telefon anda berdering. Ia menunjukkan nombor yang tidak anda kenali. Pemanggil mengaku dirinya sebagai pegawai polis.

Jantung anda berdegup kencang apabila beliau menerangkan bahawa anda telah terlibat dalam kes pengubahan wang haram. “Pegawai polis” tersebut menggesa anda bertindak pantas dan mengikut arahan mereka bagi membantu dalam “penyiasatan”.

Apa yang perlu anda lakukan? Perlukah akan patuh? Nafikan tuduhan itu dan buktikan kebenaran anda? Semak?

Senario sebegini menjadi lumrah di Singapura. Perangkaan polis menunjukkan bahawa 580 orang telah menjadi mangsa penipuan penyamaran sebagai pegawai atau kakitangan pemerintah, pada separuh pertama 2024 – peningkatan 58 peratus daripada 367 berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Kerugian: Setiap mangsa penipuan penyamaran ini kehilangan purata $116,534, yang tertinggi antara semua jenis penipuan, dedah Pasukan Polis Singapura (SPF).

Mengapa ramai yang terjebak dengan penipuan penyamaran pegawai pemerintah?

Encik Jeffrey Chin, timbalan pengarah Pejabat Pendidikan Awam Penipuan, SPF, menarik perhatian dua sebab: Tahap kepercayaan yang tinggi terhadap pihak berkuasa di Singapura dan penggunaan teknik psikologi penipu untuk mempengaruhi mangsa.

Penipu ini menimbulkan rasa takut dalam diri mangsa dengan menuduh mereka terlibat dalam kesalahan jenayah, jelas Encik Chin.

“Mereka mengeksploitasi kepercayaan mangsa terhadap pihak pemerintah dan mewujudkan keadaan di mana mangsa (mempunyai waktu yang terhad) untuk membuat keputusan,” tambahnya. “Sebahagian daripada penipu ini juga mungkin menggunakan peralatan seperti kad waran atau dokumen palsu untuk (menjadikan diri mereka kelihatan sahih).”

Jadi bagaimana anda boleh tahu adakah pemanggil yang tidak dikenali itu benar-benar pegawai polis (SPF) atau penipu?

Encik Chin berkata pegawai SPF tidak akan meminta anda melakukan perkara berikut melalui telefon atau melalui mesej teks:

*Pindahkan wang ke dalam akaun bank,

* Minta butiran peribadi anda seperti nombor Kad Pengenalan dan maklumat perbankan peribadi, butiran Singpass atau maklumat CPF yang berkaitan,

* Minta anda mengklik pautan yang membawa kepada laman web bank, atau

* Minta anda memuat turun aplikasi atau perisian daripada laman web pihak ketiga.

Orang ramai dinasihatkan terus berwaspada terhadap penyamaran penipuan sebagai ‘pegawai polis atau ‘pegawai pemerintah’.
Orang ramai dinasihatkan terus berwaspada terhadap penyamaran penipuan sebagai ‘pegawai polis atau ‘pegawai pemerintah’. - Adaptasi Grafik Berita Minggu
Anda dinasihatkan untuk terus berhati-hati. Ikuti saranan yang diberikan oleh Pasukan Polis Singapura (SPF).
Anda dinasihatkan untuk terus berhati-hati. Ikuti saranan yang diberikan oleh Pasukan Polis Singapura (SPF). - Adaptasi Grafik Berita Minggu
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg