Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Kesesakan teruk’ dijangka di pusat pemeriksaan Woodlands, Tuas hujung minggu Hari Raya Haji

Jun 14, 2024 | 5:17 PM
Kesesakan teruk trafik dijangka pada hujung minggu Hari Raya Haji, kata penguasa imigresen di laman Fecebook.
Kesesakan teruk trafik dijangka pada hujung minggu Hari Raya Haji, kata penguasa imigresen di laman Fecebook. - Foto fail ST

Para pengunjung yang menggunakan pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas pada cuti hujung minggu panjang Hari Raya Haji, dinasihatkan supaya mengambil kira lebih banyak masa untuk pelepasan imigresen, kata Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura, pada 14 Jun.

Ini kerana trafik di pusat pemeriksaan darat ini dijangka “kekal sangat sesak” dalam tempoh ini, katanya dalam catatan Facebook.

ICA menambah bahawa lebih 510,000 pengembara melewati pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas pada 13 Jun.

Hari Raya Haji jatuh pada 17 Jun, dan ini juga adalah dalam tempoh cuti sekolah Jun antara 25 Mei dan 23 Jun.

Dalam satu kenyataan pada 20 Mei, ICA berkata trafik sesak dijangka dalam tempoh ini.

Semasa cuti panjang hujung minggu Good Friday dari 28 Mac hingga 1 April, hampir 2.3 juta pelancong melintasi dua pusat pemeriksaan darat yang menghubungkan Singapura dan Malaysia, menandakan lebih 455,000 lintasan setiap hari.

“ICA juga meminta pemahaman dan kerjasama pengunjung supaya bersabar, mematuhi peraturan lalu lintas, menjaga disiplin lorong, dan bekerjasama dengan pegawai di lokasi, apabila menggunakan pusat pemeriksaan darat,” katanya.

Ia juga menasihatkan pengunjung supaya mengikuti laman Facebooknya untuk maklumat terkini tentang keadaan trafik di pusat pemeriksaan darat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg