Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koswe, Linkedua dijangka sesak semasa Hari Vesak, cuti sekolah Jun

May 20, 2024 | 4:34 PM
ICA berkata orang ramai harus menjangkakan kelewatan disebabkan langkah-langkah keselamatan yang dipertingkatkan di pusat pemeriksaan susuli situasi ancaman yang semakin meningkat.
ICA berkata orang ramai harus menjangkakan kelewatan disebabkan langkah-langkah keselamatan yang dipertingkatkan di pusat pemeriksaan susuli situasi ancaman yang semakin meningkat. - Foto ST

Kesesakan trafik dijangka di kededua pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas dari 21 Mei hingga 23 Jun, menjelang cuti umum Hari Vesak pada 22 Mei dan cuti sekolah Jun.

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), dalam satu kenyataan pada 20 Mei, berkata orang ramai harus menjangkakan kelewatan disebabkan langkah-langkah keselamatan yang dipertingkatkan di pusat pemeriksaan susuli situasi ancaman yang semakin meningkat.

ICA telah menasihatkan orang ramai supaya mengambil kira masa tambahan untuk pelepasan imigresen.

Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) berkata pada 18 Mei bahawa ia telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan di pusat pemeriksaan, menyusuli serangan di sebuah balai polis di Ulu Tiram, Johor, pada 17 Mei.

Langkah-langkah itu termasuk meningkatkan rondaan dan pemeriksaan ke atas orang ramai, kata MHA.

Semakan aplikasi Beat The Jam pada 19 Mei pada kira-kira 11 malam menunjukkan orang ramai yang melintasi Koswe boleh menjangkakan masa antara tiga hingga empat jam untuk masuk ke Singapura, manakala mereka yang menggunakan Linkedua di Tuas mungkin mengambil kira-kira satu setengah jam hingga dua setengah jam.

ICA berkata bahawa semasa hujung minggu panjang Good Friday, dari 28 Mac hingga 1 April, hampir 2.3 juta individu melepasi Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas, menandakan melebihi 455,000 lintasan setiap hari.

lni menghampiri peningkatan 30 peratus dalam bilangan orang berbanding hujung minggu panjang Good Friday pada 2023, kata ICA.

Ia menambah bahawa pada waktu sibuk pada hujung minggu panjang Good Friday baru-baru ini, mereka yang menaiki kereta menunggu sehingga tiga jam sebelum mereka dapat melalui imigresen, disebabkan kesesakan trafik dari Malaysia.

ICA mengingatkan semua pemandu agar memeriksa keadaan trafik di pusat pemeriksaan darat dan tidak memotong barisan, kerana ia akan menyebabkan kesesakan dan membahayakan pemandu lain.

“Pemandu yang ditangkap memotong barisan akan disuruh beratur semula,” kata ICA.

Mereka yang menaiki kereta digalakkan menggunakan kod QR dan bukannya pasport, bagi mendapatkan pelepasan imigresen yang lebih cepat dan mudah, tambah pihak berkuasa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg