Pengguna Berdaftar
Haruskah kita bimbang tentang mpox?
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 14 Ogos mengisytiharkan mpox sebagai “darurat kesihatan awam yang menjadi kebimbangan antarabangsa.” Darurat kesihatan awam yang menjadi kebimbangan sejagat adalah tahap amaran tertinggi di bawah undang-undang kesihatan antarabangsa. Sejak awal 2024, lebih 12 negara Afrika melaporkan jangkitan penyakit itu, dengan Congo mencatat lebih 90 peratus kes yang dilaporkan.
Aug 26, 2024 | 5:30 AM
Dr Nurhidayati Mohamed Suphan - Foto ihsan DR NURHIDAYATI MOHAMED SUPHAN
Mpox yang sebelum ini dikenali sebagai cacar monyet kerana virus itu pada asalnya dikenal pasti dalam monyet yang disimpan untuk penyelidikan di Denmark pada 1958, kini ditemui pada beberapa haiwan dan paling kerap pada tikus.
Penyakit itu pertama kali ditemui pada manusia seawal 1970 di Republik Demokratik Congo, dengan penyebaran dalam kalangan manusia sejak itu terhad pada negara Afrika Barat dan Tengah.
Laporan berkaitan
WHO sahkan kes pertama
cacar monyet di luar AfrikaAug 16, 2024 | 11:05 AM
MOH: Risiko varian terkini mpox merebak ke S’pura rendah Aug 16, 2024 | 7:11 PM


