Topic followed successfully
Go to BHkuSejarah kejururawatan
Sejarah kejururawatan
Sejarah kejururawatan
Beberapa fakta yang merungkai aspek sejarah berkaitan kerjaya jururawat.
1. Asal Usul Istilah ‘Nurse’
Istilah ‘nurse’ atau jururawat bermula daripada perkataan ‘nourice’ yang bererti ‘the one who nourishes’ atau ‘yang memberikan khasiat’. Ini mencerminkan peranan asas jururawat dalam memberikan rawatan ke arah penyembuhan pesakit.
2. Topi jururawat: Simbol Tradisional
Pemakaian nurse cap atau topi jururawat berinspirasikan daripada aksesori biarawati yang digunakan untuk mengikat rambut mereka dan menjaga rambut agar tidak berselerak semasa menjalankan tugas. Topi itu menjadi simbol tradisional yang membezakan jururawat dalam persekitaran klinikal.
3. Sekolah Kejururawatan Pertama di Dunia
Sekolah kejururawatan pertama di dunia didirikan di India sekitar 250 sebelum Masihi, menandakan pentingnya pengetahuan formal dalam latihan jururawat.
4. Lucretia Lester: Komitmen Mengagumkan
Lucretia Lester adalah seorang jururawat dengan reputasi tinggi dalam kerjayanya. Selain menjadi jururawat, beliau juga seorang bidan dan membantu dalam proses kelahiran lebih 1,300 bayi. Prestasi itu adalah pencapaian membanggakan dan cerminan dedikasi tertinggi dalam bidang rawatan kesihatan.
5. Florence Nightingale: Ikon Kejururawatan
Ikon terkenal dalam bidang kejururawatan moden, Florence Nightingale, sebenarnya hanya menjalankan tugas sebagai jururawat selama tiga tahun sahaja, tetapi sumbangan dan pengaruhnya kekal abadi. Beliau dikenali kerana khidmatnya merawat anggota tentera yang cedera semasa Perang Crimea dari 1853 hingga 1856. Tarikh 12 Mei dipilih sebagai Hari Jururawat. Ia juga adalah hari lahir Nightingale.
6. Cabaran Kesihatan Jururawat
Jururawat kerap menghadapi masalah kesihatan seperti sakit tulang belakang akibat tugas yang melibatkan proses mengangkat dan mengalihkan pesakit.
7. Perwakilan Lelaki dalam Kejururawatan
Sekitar sepertiga daripada jururawat dalam Angkatan Tentera Amerika adalah lelaki, membuktikan bahawa kerjaya itu tidak terhad kepada jenis kelamin tertentu.
8. Cabang Kejururawatan dengan Pendapatan Tinggi
Kira-kira 41 peratus daripada jururawat lelaki berkhidmat sebagai ‘jururawat anestetik’ yang bertanggungjawab dalam pengurusan anestesia. Ia adalah cabang kejururawatan yang dianggap menawarkan pendapatan yang tinggi.

