Kesihatan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih sihat selepas jalani pemindahan hati

May 28, 2025 | 8:00 PM
Cik Raziah Begum Alamgir, pemindahan hati
Cik Raziah Begum Alamgir, pernah mencatat sejarah sebagai pesakit pertama yang berjaya melalui pemindahan hati kanak-kanak pada 1995.  - Foto BH oleh KHALID BABA

Usia Cik Raziah Begum Alamgir baru 11 tahun apabila beliau mencatat sejarah sebagai penerima bedah pindah hati kanak-kanak yang pertama pada 1995.

Pada usia semuda itu, beliau mula mengalami kegatalan di seluruh badan dan kembung perut – sehinggakan beliau tidak dapat tidur bahkan terdesak menggaru berulang kali bahagian tubuh yang gatal sehingga keluar darah.

Cik Raziah, 41 tahun, usahawan pakaian dalam talian, menjelaskan kepada Berita Harian (BH), pada ketika itu, beliau dibawa ibunya ke Hospital Universiti Nasional (NUH), untuk mendapatkan rawatan sebelum akhirnya disahkan mengalami kegagalan hati setelah pelbagai ujian dijalankan.

“Sememangnya, ibu bapa saya terkejut dengan keadaan saya tetapi pada waktu itu, saya jangkakan rawatan yang dijalani ringan saja,” ujarnya.

Mujur beliau tidak perlu tunggu lama untuk mendapatkan hati yang diperlukan kerana pada tahun yang sama (1995), beliau diberi tawaran untuk menjalani bedah pindah hati.

Kini, hampir tiga dekad selepas menjalani pemindahan hati yang menyelamatkan nyawanya, Cik Raziah menikmati kehidupan yang sihat dan bermakna.

Beliau telah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan tiga cahaya mata berusia antara enam dengan 15 tahun, yang menjadi sumber kekuatan dan kebanggaannya.

Selain menggalas peranan sebagai seorang ibu, beliau juga merupakan seorang usahawan yang menguruskan perniagaan sendiri, menjual pakaian dalam talian.

Kadangkala beliau turut meniaga di reruai bagi acara dagangan tertentu.

“Saya amat bersyukur kerana kini dapat melihat anak-anak membesar di depan mata saya, sesuatu yang mungkin tidak akan berlaku jika tidak kerana pemindahan hati yang saya jalani sewaktu kecil,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg