Topik diikuti
Pergi ke BHkuPenyelidik NUS cipta prototaip tampalan kulit tanpa bateri untuk pantau tekanan darah
Penyelidik NUS cipta prototaip tampalan kulit tanpa bateri untuk pantau tekanan darah
Pemantauan tekanan darah dilakukan berterusan semasa tidur dan aktiviti
Penyelidik NUS cipta prototaip tampalan kulit tanpa bateri untuk pantau tekanan darah
Penyelidik tempatan telah membangunkan prototaip tampalan kulit tanpa bateri untuk memantau tekanan darah secara berterusan, satu lonjakan besar dalam teknologi pemantauan jantung.
Inovasi ini membolehkan pemantauan tanda vital harian tanpa perlu duduk diam atau mengecas bateri.
Pemantauan tekanan darah berterusan amat kritikal ketika tidur dan bangun tidur, saat tekanan darah biasanya tidak diukur, menurut penyelidik Universiti Nasional Singapura (NUS), Encik Selman Kurt.
Lonjakan tekanan darah ketika bangun dan penurunan perlahan semasa tidur terbukti sebagai petunjuk awal risiko strok serta penyakit kardiovaskular.
“Tekanan darah yang memuncak semasa bersenam juga membawa makna klinikal yang besar,” kata Encik Kurt, ketua pasukan penyelidik projek tersebut di NUS.
Kajian menunjukkan bahawa penyimpangan daripada bacaan normal, sama ada terlalu tinggi atau rendah, dikaitkan dengan risiko penyakit kardiovaskular, strok, dan kematian awal.
Alat pemantau tradisional amat dipercayai, namun memerlukan pengguna duduk diam, sekali gus gagal merekod turun naik tekanan darah semasa aktiviti fizikal.
Peranti di pergelangan tangan menawarkan pemantauan berterusan, namun sering terjejas dari segi ketepatan klinikal dan memerlukan pengecasan bateri.
Pembangunan prototaip ini bermula di Kumpulan Bioelektronik Tanpa Wayar NUS pada 2021, hasil kerjasama dengan penyelidik dari Universiti Arizona dan Universiti Tsinghua.
Prototaip ini menggunakan sensor di atas jantung untuk menangkap isyarat elektrik, serta sensor optik di pergelangan tangan untuk membaca perubahan isipadu darah.
