Kesihatan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rawatan kesuburan persenyawaan in vitro (IVF)

Apr 21, 2025 | 5:30 AM
Persenyawaan in vitro (IVF) dapat membantu wanita yang sukar hamil. IVF membabitkan proses merangsang telur untuk membesar, mengeluarkan telur dari wanita dan melakukan persenyawaan telur serta sperma dalam persekitaran sesuai.
Persenyawaan in vitro (IVF) dapat membantu wanita yang sukar hamil. IVF membabitkan proses merangsang telur untuk membesar, mengeluarkan telur dari wanita dan melakukan persenyawaan telur serta sperma dalam persekitaran sesuai. - Foto ISTOCKPHOTO

Takrif IVF

Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) ialah proses menyatukan telur wanita dan sperma lelaki di luar tubuh (makmal) untuk menghasilkan embrio sebelum dimasukkan ke dalam rahim wanita.

Proses IVF

1. Rangsang Ovari

Wanita diberi ubat hormon untuk merangsang pengeluaran lebih banyak telur daripada biasa.

2. Pengambilan Telur

Telur dikeluarkan dari ovari melalui prosedur khas (follicular aspiration) menggunakan jarum halus berpandukan imbasan ultrabunyi.

3. Persenyawaan

Telur dan sperma dicampurkan di makmal. Jika perlu, sperma disuntik terus ke dalam telur (ICSI).

4. Kultur Embrio

Telur yang berjaya disenyawakan akan berkembang menjadi embrio. Embrio dipantau sehingga usia tiga hingga lima hari.

5. Pemindahan Embrio

Embrio terbaik dipindahkan ke dalam rahim wanita melalui tiub khas. Jika embrio melekat pada dinding rahim, kehamilan berlaku.

Siapakah Perlukan IVF?

Rawatan IVF sesuai untuk pasangan:

+ Wanita berusia lebih 35 tahun

+ Tiub Fallopio tersumbat atau rosak

+ Endometriosis (ketumbuhan luar rahim)

+ Sperma lelaki kurang bermutu atau rendah bilangan

+ Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) – gangguan hormon menyebabkan gangguan kepada proses ovulasi (pengeluaran telur)

+ Ketidaksuburan tanpa punca jelas

Risiko Rawatan IVF

• Risiko kehamilan berganda (kembar/triplet)

• Sindrom Hiperstimulasi Ovari (OHSS) – perut kembung, sakit, berat badan naik mendadak

• Risiko kelahiran pramatang dan berat bayi rendah

• Kesan sampingan ubat hormon – perubahan emosi, sakit perut

• Kos rawatan tinggi

Apakah Yang Berlaku Selepas IVF?

• Wanita perlu ambil hormon progesteron setiap hari sehingga lapan hingga 12 minggu kehamilan

• Ujian kehamilan dilakukan selepas 12 hingga 14 hari pemindahan embrio

• Embrio berlebihan boleh dibekukan untuk rawatan masa depan

Kadar Kejayaan IVF

Faktor utama kejayaan:

+ Bilangan dan kualiti telur

+ Mutu embrio

+ Kesihatan rahim

+ Gaya hidup sihat (berat badan ideal, tidak merokok, pengambilan suplemen asid folik)

Faedah Teknologi IVF

• Peluang untuk pasangan sukar hamil mendapatkan zuriat

• Simpanan telur atau embrio bagi pesakit barah sebelum rawatan

• Ujian embrio kurangkan risiko penyakit genetik

• Embrio boleh dibekukan dan disimpan lama tanpa rosak

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg