Pada April ini, pihak berkuasa kesihatan di Singapura dan Arab Saudi menetapkan bahawa vaksin influenza, Covid-19 dan meningokokus adalah wajib bagi semua jemaah haji.

Selain itu, vaksin pneumokokal serta imunisasi rutin lain seperti campak, beguk dan rubela (MMR), cacar air, hepatitis B bagi kanak-kanak dan dewasa, serta difteria dan polio bagi kanak-kanak turut disyorkan di peringkat nasional dan wajar dipertimbangkan.