Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Ketua pegawai kewangan Cordlife ditahan dan diikat jamin

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ketua pegawai kewangan Cordlife ditahan dan diikat jamin

Mar 27, 2024 | 06:07 PM



Bank darah tali pusat swasta, Cordlife, yang menghadapi tindakan penguatkuasaan, mengumumkan bahawa seorang lagi pegawai pengurusan kanan syarikat itu, iaitu, Ketua Pegawai Kewangan (CFO), Cik Thet Hnin Yi, diberkas kerana kemungkinan berlakunya pelanggaran kewajipan pendedahan syarikat itu, berhubung salah kendali unit darah tali pusat (CBU).

Pengumuman itu dibuat pada 27 Mac dalam satu pemfailan bursa.  

Cik Thet menghadiri temu bual di pejabat Jabatan Ehwal Komersial (CAD), dan diberkas berkaitan siasatan tersebut. Beliau kini dibebaskan dengan ikat jamin, menurut Cordlife dalam pengumuman tersebut.

Walaupun Cik Thet diberkas, jawatankuasa pencalonan dan lembaga pengarah syarikat itu berkata adalah demi kepentingan syarikat itu untuk Cik Thet terus berkhidmat sebagai CFO Cordlife, kerana mereka percaya beliau boleh terus menjalankan tugasnya secara bebas dan profesional, lapor The Straits Times (ST).


Cordlife memberi empat sebab mengapa Cik Thet harus meneruskan tugasnya sebagai CFO.

Syarikat itu menyatakan Cik Thet telah berkhidmat dengan Cordlife selama sekitar 17 tahun, dan mempunyai pengalaman mendalam mengenai syarikat itu, termasuk perangkaan kewangan masa lalu dan masa kini syarikat itu, yang berguna kepada lembaga pengarah dalam membuat keputusan berhubung perkara yang sedang dihadapi syarikat itu.

Cordlife juga menegaskan bahawa Cik Thet sedang bekerjasama dengan juruaudit luar untuk memuktamadkan akaun bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2023.

Ketiga, Cik Thet adalah orang penting yang berhubung dengan pengawal selia, dan menyiapkan jawapan yang perlu dihantar kepada pengawal selia, serta bekerja rapat dengan penasihat undang-undang Cordlife berhubung pengumuman yang akan dikeluarkan oleh syarikat dan setiausaha syarikat itu mengenai urusan kesetiausahaan korporat.

Cordlife menambah bahawa Cik Thet telah memainkan peranan penting dan proaktif dalam membantu lembaga pengarah berhubung kerja yang dijalankan syarikat itu untuk menyiasat dan menangani kesilapan yang ditemui oleh Kementerian Kesihatan (MOH).

“Jawatankuasa pencalonan dan lembaga pengarah berpandangan bahawa kehadiran berterusan beliau sebagai CFO amat relevan kepada lembaga pengarah kerana beliau dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan kewangannya yang mendalam, yang amat penting kepada lembaga pengarah,” menurut Cordlife.

Proses pengurusan di syarikat penyimpanan darah tali pusat itu mendapat perhatian selepas pihak berkuasa kesihatan mendedahkan pada 30 November 2023, bahawa tujuh daripada 22 tangki simpanan CBU itu mencatatkan suhu melebihi had yang boleh diterima.

Sekitar 2,200 CBU dalam salah satu tangki terjejas telah rosak dan tidak sesuai untuk pemindahan sel stem.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >