Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Khidmat bas baru 983M buat pelajar di Teck Whye Crescent

Feb 19, 2024 | 12:41 PM
Perkhidmatan bas tambahan 983M bakal mengendalikan dua perjalanan pada waktu sibuk pagi hari bekerja semasa penggal persekolahan.
Perkhidmatan bas tambahan 983M bakal mengendalikan dua perjalanan pada waktu sibuk pagi hari bekerja semasa penggal persekolahan. - Foto ZAOBAO

Perkhidmatan bas baru bakal diperkenalkan untuk pelajar di sekolah sepanjang Teck Whye Crescent mulai 18 Mac.

Perkhidmatan bas 983M akan menjadi perkhidmatan tambahan yang mengendalikan dua perjalanan pada waktu sibuk pagi hari bekerja semasa penggal persekolahan.

Pelajar yang bakal meraih manfaat daripada perkhidmatan tersebut termasuk pelajar dari Sekolah Rendah Teck Whye, Sekolah Menengah Chua Chu Kang dan Maktab Rendah Jurong Pioneer.

Perkhidmatan itu akan bermula dari Choa Chu Kang Avenue 5, bertentangan Blok 486, dan berakhir di perhentian bas baru selepas Teck Whye Walk yang terletak berhampiran tiga sekolah dan hanya bertujuan untuk menurunkan penumpang.

Perjalanan pertama perkhidmatan dijadualkan pada 6.40 pagi dan yang kedua pada 7 pagi.

Perkhidmatan bas tidak akan beroperasi semasa cuti sekolah dan cuti umum.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg