Perkhidmatan bas bagi hari bekerja baru yang menghubungkan estet Tengah ke Kawasan Pusat Bandar (CBD) akan mula beroperasi pada 25 November, dengan dua perjalanan setiap waktu sibuk pagi dan petang.
Pada waktu pagi, perkhidmatan terus ke bandar, 674, yang dikendalikan oleh pengendali bas Tower Transit, akan mengambil penumpang dari enam perhentian bas di Tengah Drive, Tengah Garden Walk, Tengah Garden Avenue, Tengah Boulevard dan Plantation Crescent.
Ia akan membuat lima perhentian di CBD: Mapletree Anson, selepas Capital Tower, 80 Robinson Road, The Sail, dan Pusat Kewangan Marina Bay, lapor The Straits Times.
Perkhidmatan balik pada waktu petang akan mengambil penumpang dari empat perhentian di stesen MRT Marina Bay, stesen Downtown, Bangunan UIC, dan bertentangan dengan Menara AXA.
Ia kemudian akan membawa penumpang ke enam perhentian bas dalam estet Tengah di Tengah Boulevard, Tengah Garden Avenue, Tengah Garden Walk dan Tengah Drive.
Perkhidmatan 674 akan beroperasi pada waktu sibuk pada hari bekerja, berlepas dari Tengah Drive pada 7.35 pagi dan 7.50 pagi, dan dari stesen Marina Bay pada 6.15 petang dan 6.30 petang.
Ia tidak akan beroperasi pada cuti umum.
Perkhidmatan baru itu sedang dilancarkan sebagai sebahagian daripada Program Peningkatan Rangkaian Bas (BCEP), sebuah program pemerintah untuk meningkatkan rangkaian pengangkutan awam bagi mereka yang tinggal dalam pembangunan baru.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg