Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Khidmat bas, tren dilanjut malam Tahun Baru

Dec 22, 2025 | 5:28 PM
Singapura, malam Tahun Baru, New Year’s Eve, khidmat, bas, tren, public transport, MRT, bus
Kereta api terakhir dijadualkan berlepas antara 1.40 pagi dengan 2.15 pagi pada Tahun Baru. - Foto ST

Mereka yang merancang untuk menyambut ketibaan 2026 boleh menjangkakan waktu operasi perkhidmatan kereta api dan bas yang dilanjutkan pada malam Tahun Baru.

Perkhidmatan kereta api di laluan Utara-Selatan, Timur-Barat, Circle dan Thomson-East Coast akan dilanjutkan pada 31 Disember, dengan kereta api terakhir berlepas antara 1.40 pagi dengan 2.15 pagi.

Menurut The Straits Times, tiada lanjutan untuk perkhidmatan LRT Bukit Panjang dan Lapangan Terbang Changi.

Sementara itu, SBS Transit mengumumkan bahawa perkhidmatan kereta api di Laluan Downtown dan Laluan Timur Laut, serta LRT Sengkang-Punggol, akan dilanjutkan lebih dua jam pada 31 Disember.

Kereta api terakhir bagi Laluan Timur Laut akan berlepas dari Punggol Coast pada 1.43 pagi, dan Harbourfront pada 2.16 pagi.

Di Laluan Downtown, kereta api terakhir akan berlepas dari stesen Expo dan Bukit Panjang sekitar 2 pagi.

Tren LRT terakhir di Sengkang-Punggol pula akan berlepas sekitar 2.50 pagi.

Waktu operasi 18 perkhidmatan bas SMRT juga akan dilanjutkan pada 31 Disember hingga melangkaui 3 pagi.

Khidmat ini adalah bagi bas 300, 301, 302, 307, 983A, 901, 911, 912A, 912B, 913, 920, 922, 973A, 181, 240, 241, 243G dan 974A.

Sebanyak 19 perkhidmatan bas SBS Transit juga akan beroperasi lebih lama di pusat tukaran masing-masing iaitu, 60A, 63M, 114A, 222, 225G, 228, 229, 232, 238, 261, 269, 291, 292, 293, 315, 325, 410W, 804 dan 812.

Sebanyak 25 perkhidmatan bas SBS Transit yang hanya beroperasi semasa waktu sibuk sebelah petang, juga akan beroperasi lebih awal kerana kebanyakan pejabat akan ditutup lebih awal pada hari tersebut.

Perkhidmatan ini ialah 10e, 14e, 30e, 89e, 174e, 196e, 454, 456, 513, 652, 654, 655, 660/660M, 667, 668, 671, 672, 675, 676, 677, 679, 680, 681, 682 dan 850E.

Pengendali bagi pengangkutan awam sebelum ini telah mengumumkan bahawa perkhidmatan kereta api dan bas akan dilanjutkan pada 24 Disember sempena malam Krismas.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg