Beberapa perkhidmatan bas dan kereta api terpilih yang dikendalikan oleh pengendali pengangkutan awam, SBS Transit (SBST), akan dilanjutkan pada malam Hari Vesak, 11 Mei.
Perkhidmatan kereta api di Laluan Timur Laut (NEL) dan Laluan Downtown (DTL), serta sistem LRT Sengkang dan Punggol, akan dilanjutkan sekitar setengah jam, kata SBST pada 5 Mei.
Bagi NEL, kereta api terakhir akan berlepas dari Stesen Punggol Coast pada tengah malam dan dari Stesen HarbourFront pada 12.30 pagi.
Bagi DTL, kereta api terakhir akan berlepas dari Stesen Bukit Panjang pada 12.03 pagi dan dari Stesen Expo pada 12.04 pagi.
Sementara itu, bagi sistem LRT Sengkang dan Punggol, kereta api terakhir akan berlepas dari Stesen Sengkang pada 1.06 pagi dan dari Stesen Punggol pada 1.09 pagi, lapor The Straits Times (ST).
Waktu operasi 17 perkhidmatan bas juga akan dilanjutkan di sembilan pusat pertukaran bas – iaitu di Bedok, Bishan, Buangkok, Eunos, Hougang Central, Serangoon, Tampines, Toa Payoh dan Yishun.
Perkhidmatan bas tersebut ialah: 222, 225G, 228, 229, 410W, 114A, 60A, 63M, 325, 315, 291, 292, 293, 232, 238, 804 dan 812.
Kebanyakan bas terakhir dijadualkan berlepas sekitar 1 pagi, kecuali bas 60A, 63M, 232 dan 238, yang akan berlepas pada 12.55 pagi.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg