Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Khidmat Kaji Cuaca: S’pura pecah rekod suhu, hujan pada 2024

Mar 23, 2025 | 11:36 AM
Meskipun merkuri yang melambung tinggi adalah tanda-tanda pemanasan global, namun corak hujan yang luar biasa pada 2024 tidak dapat dikaitkan secara langsung dengan perubahan iklim.
Meskipun merkuri yang melambung tinggi adalah tanda-tanda pemanasan global, namun corak hujan yang luar biasa pada 2024 tidak dapat dikaitkan secara langsung dengan perubahan iklim. - Foto ST

Bagi Singapura, 2024 merupakan tahun yang mencatatkan rekod suhu dan corak hujan luar biasa – daripada musim kemarau pertama sejak 2019 pada Julai kepada suhu melambung tinggi dan kurang hujan pada Disember.

November 2024 adalah bulan paling basah dalam lebih 40 tahun, manakala dua episod luar biasa pada September dan Oktober membawa hujan lebat pada bulan-bulan sebelumnya, menurut satu laporan penilaian iklim tahunan pakar kaji cuaca.

Sepanjang 2024, jumlah hujan adalah pada kadar 2,739.8 milimeter (mm), iaitu lebih tinggi daripada purata jangka panjang 2,534.3 mm, ujar kata laporan yang dikeluarkan pada 23 Mac itu.

Meskipun merkuri yang melambung tinggi adalah tanda-tanda pemanasan global, corak hujan yang luar biasa pada 2024 tidak boleh dikaitkan secara langsung dengan perubahan iklim, kata Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) kepada The Straits Times.

Ini kerana taburan hujan Singapura sangat berubah-ubah, dengan pergantungan kuat pada pemacu iklim berskala besar seperti Ayunan Selatan – El Nino – kitaran iklim global yang melibatkan perubahan angin dan suhu permukaan laut di Lautan Pasifik tropika.

Pemacu itu terdiri daripada pemanasan El Nino dan fenomena iklim La Nina yang membawa hujan.

MSS menambah: “Walaupun kami mengunjurkan corak hujan ekstrem yang lebih kerap pada jangka panjang, kejadian hujan secara sendiri tidak boleh dikaitkan secara langsung dengan perubahan iklim.”

Tetapi secara keseluruhan – seperti yang didedahkan oleh MSS pada Januari – 2024 merupakan tahun paling panas di Singapura, bersamaan dengan 2019 dan 2016, dengan suhu mencecah purata tahunan 28.4 darjah Celsius.

Tahun 2024 juga menandakan tahun keempat berturut-turut suhu purata Singapura selama sedekad mencapai paras tertinggi baru.

Tahun itu juga mencatatkan Julai dan Disember sebagai paling panas dalam rekod.

Keadaan yang lebih panas daripada biasa mungkin dikaitkan dengan tempoh El Nino, yang berlangsung dari separuh kedua 2023 hingga sekitar April 2024.

Semasa musim kemarau selama 18 hari dari 13 hingga 30 Julai, suhu tertinggi harian mencecah antara 32.8 darjah Celsius dengan 35.2 darjah Celsius.

Malam juga panas, dengan suhu harian terendah melebihi 28 darjah Celsius di kebanyakan kawasan.

Musim kemarau terakhir di Singapura berlangsung selama 17 hari dari 31 Julai hingga 16 Ogos 2019.

Disember 2024 juga menandakan penghujung tahun luar biasa kering, dengan purata hujan 30 peratus di bawah purata jangka panjang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg