Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Khidmat Nets beransur pulih ekoran gangguan pada 23 Sep

Sep 24, 2024 | 5:16 PM
Nets berkata 5 peratus daripada rangkaian terminalnya terjejas dan pengguna tidak dapat melakukan urus niaga QR, tanpa sentuhan dan PIN.
Nets berkata 5 peratus daripada rangkaian terminalnya terjejas dan pengguna tidak dapat melakukan urus niaga QR, tanpa sentuhan dan PIN. - Foto ST

Perkhidmatan Nets yang terjejas akibat gangguan pada 23 September “beransur pulih” selepas penyedia perkhidmatan pembayaran itu mengeluarkan kemas kini sofwe.

Menjawab pertanyaan The Straits Times (ST) pada 24 September, jurucakap Nets berkata “kemas kini sofwe melalui sistem terbenam yang disalur melalui rangkaian wayarles” itu dikeluarkan pada malam 23 September untuk memulihkan fungsi penuh terminal yang terjejas.

“Kami memerhatikan bahawa perkhidmatan untuk terminal terjejas semakin pulih secara progresif,” kata jurucakap itu.

Beliau menambah pasukan perkhidmatan pelanggan Nets juga telah menghubungi pedagang yang terjejas untuk “memberikan sokongan bagi kemas kini sofwe”.

Mengenai bilangan terminal yang terjejas, Nets hanya mengatakan bahawa jumlahnya kira-kira 5 peratus daripada rangkaian terminalnya.

Isu itu mula timbul pada 10.12 pagi pada 23 September, apabila syarikat itu menyatakan di Facebook bahawa perkhidmatan berkaitan Nets seperti urus niaga melibatkan kad debit dan kredit tidak dapat digunakan buat sementara waktu.

Dalam kemas kini berikutnya, Nets berkata terminal yang terjejas juga tidak dapat melakukan transaksi QR, tanpa sentuh dan nombor pengenalan peribadi (PIN) buat sementara waktu.

Pelanggan dinasihatkan supaya membayar dengan Kod Respons Pantas Singapura (SGQR) atau tunai.

SGQR menggabungkan pembayaran berbilang kod QR untuk transaksi yang lebih cekap.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg