Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kimpalan pantas diguna bagi cantum landasan rel RTS Link

Feb 26, 2025 | 8:16 PM
Lebih 600 kimpalan ‘alumino-termik’ diperlukan bagi segmen landasan rel RTS Link sepanjang 5.3 kilometer demi keselesaan penumpang.
Lebih 600 kimpalan ‘alumino-termik’ diperlukan bagi segmen landasan rel RTS Link sepanjang 5.3 kilometer demi keselesaan penumpang. - Foto BH oleh DIAN A’QIDAH AHMAD YATIM

Bagi memastikan penumpang menikmati keselesaan maksimum semasa perjalanan, jurang antara segmen landasan rel Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link) diisi dengan menggunakan salah satu teknik kimpalan pantas yang sering diguna pakai dalam sektor pemasangan landasan rel.

Ini memandangkan lebih 600 kimpalan ‘alumino-termik’ diperlukan untuk mengimpal segmen landasan rel RTS Link sepanjang 5.3 kilometer secara keseluruhan agar ia tidak menjejas keselesaan penumpang dalam gerabak kereta api yang melalui landasan rel.

Pengarah Projek RTS Operations Pte Ltd (RTSO), Encik Zahrin Abdul Gani, berkata teknik mengimpal itu melibatkan tindak balas antara aluminium dengan oksida logam pada suhu tinggi, yang menghasilkan logam cair bagi mengisi jurang antara segmen landasan rel – ia mengambil masa antara tiga dengan lima minit untuk logam cair itu tetap di dalam jurang rel.

Beliau berkata demikian semasa menerangkan teknik kimpalan itu kepada media di Depoh Wadi Hana di Johor Bahru pada 26 Februari, sebagai sebahagian sesi penyampaian maklumat terkini berkenaan RTS Link.

Logam itu kemudian dibiarkan sejuk untuk dikisar agar tidak bergerigi. Suhu ketika proses kimpalan boleh mencecah lebih 2,000 darjah Celsius

Oleh kerana setiap segmen landasan rel berukuran purata 250 meter, Encik Zahrin berkata ia perlu dicantumkan agar penumpang tidak rasa enjutan gerabak kereta api yang sedang bergerak sepanjang landasan rel.

Operasi penumpang dijadual bermula hujung Disember 2026.

Terdahulu, jurang kimpalan dan penjajaran landasan rel harus ditetapkan sebelum acuan diletakkan di atas jurang antara segmen landasan rel. Acuan kemudian dikeluarkan dan proses pengisaran dijalankan untuk melicinkan tepi dan menyambung dengan lancar landasan.

RTSO, usaha sama antara SMRT Singapura dan Prasarana Malaysia, dilantik pada 2020 untuk mengendalikan RTS Link selama 30 tahun. Ia akan memiliki, merancang, membina dan membiayai aset operasi untuk RTS Link.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg