‘Kita tidak perkenalkan diri sebagai orang Cina, Melayu atau India, tetapi sebagai warga Singapura’

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Kita tidak perkenalkan diri sebagai orang Cina, Melayu atau India, tetapi sebagai warga Singapura’

Berasaskan kenangan tradisi sekolah, rumah dan keluarga, kisah-kisah peribadi mendedahkan bagaimana kepelbagaian budaya telah dihayati merentasi generasi di sebuah pameran anjuran Taman Tugu Pengasas.
Feb 11, 2026 | 2:46 PM

‘Kita tidak perkenalkan diri sebagai orang Cina, Melayu atau India, tetapi sebagai warga Singapura’

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Som Said, Aneka Ragam Ra’ayat, Finding Pictures
Cik Som Said tampil membuat gerakan seni tari di depan sebuah filem animasi, Aneka Ragam Ra’ayat, terbitan Finding Pictures, yang berpandukan kenangan beliau tentang Aneka Ragam Ra’ayat. - Foto-foto: SPH MEDIA

Semasa kanak-kanak lagi, ikon seni tari Melayu Cik Som Said ghairah menyaksikan aneka persembahan kebudayaan yang menampilkan segalanya – daripada tari reben Cina, dan tari payung Melayu ke tarian kathakali India dan tarian jinkli nona Serani.

Persembahan tersebut dipamerkan dalam siri konsert percuma, dikenali sebagai Aneka Ragam Ra’ayat, diadakan di pelbagai tempat awam, termasuk Kebun Bunga Singapura dan bekas Dewan Bandaraya (City Hall) – kini dikenali sebagai Galeri Nasional Singapura.

Konsert tersebut anjuran Kementerian Kebudayaan dari 1959 hingga awal 1960-an bertujuan mendekatkan seni budaya kepada masyarakat umum dengan mempersembahkan kepelbagaian tradisi etnik Singapura dalam suasana terbuka dan percuma. 

Ia juga memainkan peranan penting dalam pembangunan Singapura pada era awal pasca perang. 

Cik Som, 75 tahun, yang berada di sekolah rendah ketika itu, menghadiri konsert tersebut bersama kakak-kakaknya pada 1959.

Mengimbas kembali konsert-konsert itu, beliau berkata beliau mula-mulanya menyedari kepelbagaian kaum di kalangan orang ramai.

“Kami duduk bersebelahan dan saya terdedah kepada aneka tarian kebudayaan, bukan sahaja tarian Melayu,” kata Cik Som. 

Katanya lagi, “Kami akan bawa bangku dan tikar, dan makan makanan yang kami bungkus.” 

Kemudian, apabila beliau mula menari di menengah satu, Cik Som berpeluang membuat persembahan di konsert Aneka Ragam Ra’ayat, di mana beliau menjalin persahabatan bersama penari lain seperti Dr Uma Rajan, kini 85 tahun, yang juga menari di konsert itu.

Cik Som percaya bahawa seni tari membantu individu membentuk ciri-ciri keanggunan dan disiplin dan menerusi konsert tersebut, ia telah mendedahkan rakyat kepada budaya berbilang kaum Singapura.

“Seni tari mengajar kita tentang budaya kita yang kaya dan membuat kita memeluk kewarganegaraan kita sebagai warga Singapura,” kata Cik Som. 

Cik Som kemudian melihat keperluan membina identiti ke-Singapuraan dalam seni tari Melayu dan menghasilkan reka tari yang mengadunkan gerak-geri tarian tradisional Melayu bersama kisah-kisah Singapura seperti tentang Tanjong Pagar dan Sang Nila Utama. Beliau juga telah bergabung bersama penari India, Cik Neila Sathyalingam dan penari Cina,  Cik Yan Choong Lian, bagi menghasilkan persembahan tarian seperti The Dance Harmony dan Singapore City Lights.

Dr Uma Rajan membuat persembahan di Aneka Ragam Ra’ayat pada lewat 1950-an, di mana seniman pelbagai kaum berkongsi pentas dan ruang belakang pentas yang sama.
Dr Uma Rajan membuat persembahan di Aneka Ragam Ra’ayat pada lewat 1950-an, di mana seniman pelbagai kaum berkongsi pentas dan ruang belakang pentas yang sama. - Foto SPH MEDIA

Begitu juga, Dr Uma yang telah membuat persembahan di Aneka Ragam Ra’ayat masih ingat dirinya menaiki tangga kayu sebelum membuat persembahan di pentas konsert.

“Ada ramai orang yang membuat persembahan dan mereka bertutur dalam bahasa dan dialek berbeza. Ia memberi tenaga yang berbeza dan membuat anda bersemangat,” kata Dr Uma. 

“Konsert tersebut mencerminkan perjalanan warga Singapura menjadi satu rakyat, satu bangsa. Tumpuan kepada bidang seni telah membantu membina pelbagai seniman berbilang kaum yang hebat selama bertahun-tahun,” kata Dr Uma. 

Kenangan kedua-dua wanita itu tentang Aneka Ragam Ra’ayat telah menjadi kandungan bagi filem animasi, Aneka Ragam Ra’ayat, oleh Finding Pictures tentang konsert-konsert itu, yang boleh ditonton pengunjung kini di pameran Not Mere Spectators: The Makings of Multicultural Singapore (Bukan Sekadar Penonton: Pembentukan Singapura yang Berbilang Budaya) di Galeri Nasional Singapura. 

Kisah Cik Toshiko Kadir tampil di bahagian Relate di pameran Not Mere Spectators: The Makings of Multicultural Singapore, yang menerokai bagaimana kepelbagaian kaum dihidupkan menerusi kehidupan keluarga harian dan sejarah peribadi.
Kisah Cik Toshiko Kadir tampil di bahagian Relate di pameran Not Mere Spectators: The Makings of Multicultural Singapore, yang menerokai bagaimana kepelbagaian kaum dihidupkan menerusi kehidupan keluarga harian dan sejarah peribadi. - Foto SPH MEDIA

Membentuk Singapura Berbilang Kaum: Pameran aneka kisah dan karya seni

Anjuran Taman Tugu Pengasas, pameran itu menerokai bagaimana kepelbagaian kaum dibentuk pada tahun-tahun awal pembinaan negara Singapura dari 1950-an hingga 1970-an. Dekad-dekad penting ini menyaksikan kepelbagaian budaya – komponen penting dalam masyarakat – dijalin melalui polisi, usaha-usaha asas dan kehidupan harian warga Singapura. 

Menerusi multimedia interaktif, pameran artifak, mainan audio dan karya seni, pengunjung digalakkan memikirkan tentang maksud kepelbagaian kaum di Singapura yang moden ini dan bagaimana ia memainkan peranan dalam membentuk identiti unik negara kita. 

Semua teks dan bahan multimedia boleh didapati dalam bahasa Inggeris, Melayu, Mandarin dan Tamil.

Pameran tersebut akan dipersembahkan sehingga 29 Mac ini.

Selain filem animasi itu, pengunjung bakal mendapati pelbagai ciri menarik di pameran itu. 

Di kios multimedia, di bahagian Relate yang memaparkan pengalaman hidup dan interaksi antara kaum berlainan di Singapura adalah kisah Cik Toshiko Kadir, 62 tahun.

Ibu bapaya telah mengambilnya sebagai anak angkat daripada keluarga Cina ketika usianya baru satu tahun.

Namun, beliau terdedah kepada pelbagai budaya, bahasa dan kepercayaan yang wujud bersama dalam satu rumah semasa membesar. 

Bapa angkatnya merupakan kacukan Jepun dan India Muslim. Ibu angkatnya berasal dari selatan Thailand. 

Cik Toshiko belajar di sebuah sekolah biara, tetapi bahasa Melayu merupakan bahasa yang selalu ditutur d rumah. 

Keluarganya makan makanan Jepun, oden dan mochi, bagi meraikan Tahun Baru Jepun yang jatuh pada 1 Januari, dan mengikuti ritual Buddhist pada Hari Vesak. 

Beliau juga mempunyai ramai kawan berbilang budaya, di mana mereka terdedah kepada pelbagai dialek, tradisi dan perayaan festival. 

“Kami tidak kisah jika kami kaum berbeza,” kata Cik Toshiko yang membesar di Singapura pada tahun 1960-an. 

Kini, beliau yang sudah menjadi nenek kepada seorang cucu, menganggap kepelbagaian budaya sebagai sebahagian daripada kehidupan.  

“Saya suka kita tidak perkenalkan diri sebagai orang Cina, Melayu atau India, tetapi sebagai warga Singapura. Kami tidak mempunyai tag pada bangsa kita. Saya anggap diri saya sebagai seorang yang berbilang kaum dan boleh dikatakan, mempunyai segalanya.”

Lukisan Encik Yeo Tze Yang, Lovers on a Train, mengundang pengunjung untuk memikirkan interaksi harian mereka dengan kaum lain di ruang yang dikongsi sama seperti di dalam MRT.
Lukisan Encik Yeo Tze Yang, Lovers on a Train, mengundang pengunjung untuk memikirkan interaksi harian mereka dengan kaum lain di ruang yang dikongsi sama seperti di dalam MRT. - Foto SPH MEDIA

Di pameran itu juga dipaparkan sebuah lukisan rekaan Encik Yeo Tze Yang pada 2021,  Lovers on a Train, yang menampilkan sepasang kekasih muda di dalam keretapi MRT.

“MRT dianggap penting kerana ia merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian di Singapura. Dengan meletakkan momen ini di MRT, saya berminat dengan bagaimana kepelbagaian budaya ditampilkan, bukan sebagai idea yang hebat, tetapi sebagai keadaan kehidupan. Orang ramai daripada latar belakang yang berbeza berkongsi ruang tanpa perlu berinteraksi dan wujud bersama secara senyap dalam sistem yang sama.”

Guru Tamil, Encik Ilango Rama Apaswamy, mendermakan nota sekolah vernakularnya, yang telah diterbitkan semula dalam dua versi untuk pameran.
Guru Tamil, Encik Ilango Rama Apaswamy, mendermakan nota sekolah vernakularnya, yang telah diterbitkan semula dalam dua versi untuk pameran. - Foto SPH MEDIA

Pengunjung turut berpeluang melihat nota sekolah asal milik guru Tamil, Encik Ilango Rama Apaswamy, yang diterbitkan semula dalam dua versi di pameran itu: sebagai sebuah faksimili yang dipaparkan di kalangan buku teks di dinding pameran, dan sebuah edisi naskhah yang membolehkan pengunjung berinteraksi dan membeleknya. 

Bagi Encik Ilango, pameran itu menghubungkan pengalaman masa lalu dengan tanggung jawab masa kini.

“Saya harap pengunjung boleh lihat bahawa mereka bukan sekadar penonton sejarah – mereka adalah peserta aktif yang membentuk masa depan Singapura, sepertimana yang kita pernah lakukan.”

Beliau, 66 tahun, pernah belajar di sebuah sekolah vernakular pada tahun 1970-an, di mana semua subjek diajar dalam bahasa Tamil. 

Menurutnya, buku-buku teks sekolah lamanya menyampaikan sifat hormat terhadap masyarakat lain menerusi pengajaran moral, cerita dan nilai kebangsaan yang dikongsi sama, walaupun interaksinya bersama mereka lebih tersusun dan terpisah berdasarkan aliran bahasa.  

Rencana ini dibawakan oleh:

-
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg