Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Klinik gigi Chas perlu papar tanda aras bayaran, subsidi lebih tinggi mulai 1 Okt

Sep 1, 2025 | 9:22 PM
chas, dentist
Rakyat Singapura dapat menikmati kos rawatan pergigian lebih rendah, dengan subsidi baru, penanda aras bayaran dan sokongan MediSave yang diperkenal di bawah Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas). - Foto fail

Mulai Oktober, klinik gigi di bawah Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas) perlu memaparkan penanda aras bayaran dengan jelas di sebelah senarai harga mereka, bagi membantu pesakit membuat pilihan berpandukan maklumat.

Menurut penanda aras yang diterbitkan Kementerian Kesihatan (MOH) pada 1 September, rawatan menggilap gigi sepatutnya berharga antara $26 dengan $38, manakala pembersihan plak berharga antara $35 dengan $60.

Rawatan akar gigi geraham atau root canal pula dianggarkan antara $872 dengan $1,400.

Langkah itu bertujuan melengkapi sokongan pemerintah yang dipertingkat bagi memastikan rawatan pergigian lebih dimampui dan mudah diakses.

Mulai 1 Oktober 2025, pemegang kad Chas jingga boleh menerima subsidi sehingga $45.50 bagi 10 prosedur asas termasuk proses pembersihan dan menggilap gigi.

Subsidi bagi tujuh rawatan pemulihan termasuk membuat gigi palsu juga akan dinaikkan bagi warga emas Generasi Perintis dan Merdeka, serta pemegang kad Chas biru dan jingga.

Mulai pertengahan 2026, warga emas berusia 60 tahun dan ke atas boleh menggunakan Flexi-MediSave untuk memanfaatkan sehingga $400 setahun bagi rawatan tertentu di klinik pergigian Chas serta institusi penjagaan kesihatan awam.

MOH turut memperkenalkan penanda aras bayaran bagi prosedur pergigian biasa bagi memberikan rujukan jelas kepada pesakit dan penyedia khidmat, sekali gus meningkatkan ketelusan dan membantu pesakit membuat keputusan bijak.

Jawatankuasa Penasihat Penanda Aras Yuran Pergigian (DFBAC), atau Dental Fee Benchmarking Advisory Committee, yang dilantik Menteri Kesihatan, telah membangunkan penanda aras pertama bagi 18 prosedur Chas, berdasarkan tuntutan terdahulu dan kerumitan setiap prosedur.

MOH menegaskan penanda aras itu bukan had yuran tetap, tetapi sebagai panduan bagi pesakit dan klinik. 

Pesakit boleh menjadikannya rujukan semasa mempertimbangkan pilihan rawatan.

Penanda aras bayaran boleh diakses di laman https://www.moh.gov.sg/managing-expenses/bills-and-fee-benchmarks.

Selain perlu memaparkan tanda aras bayaran mulai 1 Oktober, mulai 1 September 2026, klinik pergigian Chas juga perlu mengemukakan alasan kukuh klinikal bagi tuntutan subsidi Chas yang melebihi tanda aras yuran.

Klinik yang tidak mempunyai pentauliahan menjelang 31 Disember 2026 akan dikeluarkan daripada skim Chas.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg