Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kod amalan bagi keselamatan penghantar, pekerja platform kuat kuasa 1 Jan

Dec 27, 2024 | 5:00 PM
Kod amalan untuk menyediakan panduan praktikal bagi pengendali platform demi memastikan keselamatan dan kesihatan penghantar dan pekerja platform akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025.
Kod amalan untuk menyediakan panduan praktikal bagi pengendali platform demi memastikan keselamatan dan kesihatan penghantar dan pekerja platform akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025. - Foto fail

Kod amalan untuk menyediakan panduan praktikal bagi pengendali platform demi memastikan keselamatan dan kesihatan penghantar dan pekerja platform akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025.

Antara langkah yang ditetapkan dalam kod amalan bagi pengendali platform termasuk mewajibkan mereka menyediakan latihan keselamatan dan kesihatan untuk pekerja platform.

Ia juga termasuk menjalankan penilaian risiko dan mengingatkan pekerja supaya mematuhi keselamatan dan peraturan jalan raya.

Pengendali platform turut dikehendaki mewujudkan pelan tindak balas kecemasan untuk pekerja platform, seperti menyediakan saluran hubungan untuk memberikan sokongan dan panduan untuk perkara yang perlu dilakukan sejurus selepas kejadian yang dialami semasa bertugas.

Kod Amalan yang Diluluskan (Acop) itu, telah dibangunkan oleh Majlis Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH) dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM), susulan rundingan bersama rakan industri dan persatuan pekerja platform.

Ia juga menggabungkan maklum balas daripada perundingan awam yang dijalankan pada September.

Bagi pekerja platform, antara lain, Acop memerlukan mereka mematuhi keperluan undang-undang, mengikuti arahan pengendali platform untuk menyelesaikan tugas mereka, dan melaporkan kejadian dan bahaya berkaitan dengan tugas mereka.

Mereka juga harus menyertai sesi latihan untuk meningkatkan keselamatan amalan kerja mereka sendiri.

Ia termasuk mematuhi peraturan keselamatan jalan raya, serta turun dan menolak alat peranti mobiliti aktif mereka di laluan pejalan kaki sahaja.

Majlis WSH, dalam satu kenyataan pada 27 Disember berkata bahawa mematuhi langkah di bawah Acop “boleh menjadi faktor pengurangan dalam prosiding jenayah di bawah Akta WSH”.

Ini memandangkan, “berbuat demikian menunjukkan bahawa langkah keselamatan yang boleh dipraktikkan secara munasabah telah diambil oleh pengendali platform dan pekerja platform”, tambahnya.

Dalam satu hantaran di Facebook pada 27 Disember, Penolong Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Melvin Yong, berkata beliau mengalu-alukan kod amalan itu yang bertujuan untuk menangani risiko keselamatan dan kesihatan pekerja platform.

Beliau memberi amaran terhadap struktur insentif, sasaran dan penalti yang tidak realistik, yang mungkin mendorong pekerja platform untuk tergesa-gesa mencapai sasaran tanpa mengambil kira keadaan fizikal dan mental mereka.

“Tiada pekerja platform harus mempertaruhkan nyawa mereka semasa bekerja. Pengendali platform mesti menjadikan keselamatan pekerja platform sebagai keutamaan mereka.

“Acop akan menangani kebimbangan keselamatan dalam kerja platform dan menjelaskan langkah-langkah munasabah yang boleh dilaksanakan oleh pengendali platform dan pekerja platform untuk memenuhi peranan WSH mereka,” kata Encik Yong.

Setiausaha Agung Persatuan Pekerja Penghantaran Nasional (NDCA), Encik Ng Gan Poh, berkata beliau gembira maklum balas mereka telah dimasukkan ke dalam Acop.

“Peraturan yang jelas mengenai pengendalian penghantaran berat dan melindungi penunggang daripada saman, atau pengurangan pampasan, apabila membahagikan pesanan besar adalah penambahbaikan yang penting.

“Bersama-sama dengan garis panduan bekerja dalam cuaca panas, kod ini mencerminkan kemajuan yang baik dalam menangani cabaran sebenar yang dihadapi penunggang kita setiap hari,” kata Encik Ng.

Setiausaha Agung Persatuan Kenderaan Sewa Privet Nasional (NPHVA), Encik Joseph Goh, berkata pengenalan Acop adalah satu langkah penting ke hadapan dalam memastikan keadaan kerja yang lebih selamat dan adil.

“Pemandu kita kadangkala boleh memandu berjam-jam untuk mengusahakan pendapatan mereka, jadi adalah penting kod ini menetapkan jangkaan untuk platform bagi membantu menguruskan keletihan pemandu.

“NPHVA menggalakkan pemandu kita menjaga kesejahteraan mereka dengan mengambil rehat tetap, menguruskan waktu kerja mereka dan sentiasa sedar tentang had mereka,” kata Encik Goh.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg