Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kolej Pengajian Islam S’pura tingkat ilmu, kemahiran asatizah

Aug 18, 2024 | 9:22 PM
Rancangan menubuhkan sebuah kolej pengajian Islam di Singapura diusulkan pada 2016.
Rancangan menubuhkan sebuah kolej pengajian Islam di Singapura diusulkan pada 2016. - Foto fail

Rancangan menubuhkan sebuah kolej pengajian Islam di Singapura diusulkan pada 2016 oleh Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam pada waktu itu, Dr Yaacob Ibrahim.

Ia bertujuan melatih asatizah yang dapat memberi bimbingan agama yang relevan kepada masyarakat Islam dalam konteks berbilang kaum dan berbilang agama Singapura.

Kolej itu dijangka menawarkan kurikulum menyeluruh yang akan mencorak kepimpinan agama pada masa depan.

Menurut laporan pada 2018, pelajar kolej itu dijangka didedahkan kepada sains Islam tradisional dan sains sosial moden bagi membolehkan pemimpin agama masa depan menangani isu kompleks dan mengambil kira sekitaran luar seperti perkembangan global, dasar nasional, idea semasa dan sentimen masyarakat.

Mereka akan dapat mengutarakan pandangan secara matang dan berkesan dan dengan perspektif inklusif, memberi inspirasi kepada masyarakat menjadi Muslim yang baik, cemerlang dan menyumbang kepada kebaikan masyarakat dan negara.

Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke kolej Islam di negara seperti Mesir, Jordan, Turkey, Maghribi, Britain, Amerika Syarikat dan Canada untuk lebih memahami bagaimana program tersebut boleh dijalankan.

Pada 2022, Muis membuka kampus lima tingkat di Bencoolen Street untuk program possiswazah yang dipanggil Sijil Possiswazah Islam dalam Masyarakat Kontemporari (PCICS) untuk meningkatkan kemahiran asatizah.

Pada waktu itu, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata kampus itu akan membolehkan Muis membangunkan kepakaran tempatan dan meluaskan rangkaiannya dengan cendekiawan tempatan dan luar negara, serta institusi akademik.

Beliau menyifatkannya sebagai langkah utama ke arah rancangan jangka panjang untuk membangunkan kolej Islam itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg