Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kolonel Fairoz Hassan naik pangkat jadi Brigedier-Jeneral mulai 1 Jul

Mejar Iskandar naik pangkat Leftenan Kolonel; SWO Zulkarnaen naik pangkat Ketua Pegawai Waran
Jun 27, 2025 | 8:00 PM
SAF, naik pangkat, Brigadier Jeneral
Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Zaqy Mohamad (dua dari kanan), menyambut kenaikan pangkat pegawai Melayu/Islam kanan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) sempena Majlis Kenaikan Pangkat Kementerian Pertahanan (Mindef)/SAF. Mereka adalah (dari kiri) Pegawai Pemerintah (CO) Sekolah Vokasional Keselamatan dan Kepolisan di Institut Latihan Pertahanan Pulau (IDTI), Pegawai Waran Kanan (SWO) Zulkarnaen Hussain; Komander Divisyen Kesembilan Singapura dan Ketua Infantri, Kolonel (COL) Fairoz Hassan; dan CO Skuadron 142, Mejar Muhammad Iskandar Dzulfadhli Abdul Rahman. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Komander Divisyen Kesembilan Singapura dan Ketua Infranti, Kolonel (COL) Fairoz Hassan, akan dinaikkan pangkat menjadi Brigedier-Jeneral (BG) dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) pada 1 Julai.

Kolonel Fairoz merupakan Brigedier-Jeneral Melayu kedua, setelah mantan Brigedier-Jeneral Ishak Ismail yang bersara pada 2011.

Sebelumnya, beliau dinaikkan pangkat daripada Leftenan Kolonel Kanan (SLTC) kepada Kolonel pada 2019.

Ketika ditemui Berita Harian (BH) pada 27 Jun, Kolonel Fairoz berkongsi kegembiraannya atas kenaikan pangkat yang bakal diberi kepadanya.

“Saya amat bersyukur kerana diberi kepercayaan dan tanggungjawab untuk menjalankan tugas ini dengan sebaik mungkin,” jelas beliau yang berusia 46 tahun.

Sejak menyertai SAF, Kolonel Fairoz telah berkhidmat dalam pelbagai peranan termasuk menyertai operasi bantuan tsunami pada Boxing Day (sehari selepas Krismas) 2004 dan gempa bumi Nepal pada 2015.

Beliau antara sekitar 1,200 anggota SAF yang menerima sijil semasa Majlis Kenaikan Pangkat Kementerian Pertahanan (Mindef)/SAF yang berlangsung pada 26 dan 27 Jun di Pangkalan Pusat Tenaga Manusia (CMPB) baru, Hillview Link.

Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing; dan Panglima SAF, Laksamana Madya (VADM) Aaron Beng, hadir bagi menyampaikan sijil kepada pegawai kanan, termasuk mereka yang dinaikkan pangkat CWO, Kolonel, Pakar Tentera 7 (ME7) dan kedudukan ke atas.

Turut menerima sijil adalah Pegawai Waran Kanan (SWO) Zulkarnaen Hussain, dengan beliau dinaikkan pangkat kepada Ketua Pegawai Waran (CWO) mulai 1 Julai.

Berusia 53 tahun, SWO Zulkarnaen dinaikkan pangkat menjadi CWO, pangkat pegawai waran tertinggi dalam hierarki pegawai waran SAF.

Beliau, yang menyandang jawatan Pegawai Pemerintah (CO) Sekolah Vokasional Keselamatan dan Kepolisan di Institut Latihan Pertahanan Pulau (IDTI), telah menabur bakti selama 34 tahun dalam Kor Polis Tentera Singapura sejak menyertai SAF pada 1991.

Sepanjang kerjayanya, SWO Zulkarnaen, memainkan peranan penting dalam melatih anggota Polis Tentera dan Pasukan Keselamatan SAF, termasuk memperkenalkan pendekatan teknologi bagi meningkatkan mutu latihan dan kesiapsiagaan operasi.

Selain itu, CO Skuadron 142 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), Mejar Muhammad Iskandar Dzulfadhli Abdul Rahman, 37 tahun, akan dinaikkan pangkat ke Leftenan Kolonel (LTC), juga pada 1 Julai.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg