Kompilasi lagu Allahyarham Zubir Said ‘dibawa’ ke sekolah-sekolah
Kompilasi lagu Allahyarham Zubir Said ‘dibawa’ ke sekolah-sekolah
Oct 28, 2023 | 8:14 PM
SUMBANG SUARA: Barisan bakat muda yang telah menyumbangkan suara bagi projek tersebut terdiri daripada (dari kiri) Suryana Norddin, Reyza Hamizan, Hanie Bella dan Syah Riszuan. - Foto MLLPC
“Sama-sama maju ke hadapan...”
Rangkap pertama lagu ikonik Semoga Bahagia ciptaan tokoh muzik negara, Allahyarham Zubir Said, ini dikenali setiap lapisan masyarakat, dari yang muda hingga yang lebih tua.
Demi melestari dan memastikan hasil karya beliau sentiasa malar segar, 10 lagu ciptaannya – termasuk Semoga Bahagia – telah diberi nafas baru dalam kompilasi yang berjudul Orang Singapura yang dilancarkan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) pada Sabtu.
Kompilasi tersebut akan diedarkan kepada sekolah-sekolah dan boleh didengarkan di laman MLLPC.
Laporan berkaitan
Lagu patriotik berkesan cetus rencam rasaAug 11, 2023 | 1:47 PM
Warisan Melayu dirai dalam acara NLB May 31, 2023 | 9:47 AM

