Sejak ditubuhkan pada Jun 2024 dan berdaftar dengan Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (ACRA) serta Lembaga Pelancongan Singapura (STB), Na’am Travel Pte Ltd terus menerima sambutan positif daripada masyarakat Melayu/Islam di Singapura.

Beroperasi dari Icon@Changi, syarikat ini pada awalnya menawarkan pakej umrah dan pelancongan ke Indonesia, dengan penyertaan sekitar 70 pelanggan pada tahun pertama.

Peningkatan tersebut terus berkembang pada 2025 apabila Na’am Travel berjaya membawa kira-kira 150 jemaah umrah melalui 10 kumpulan perjalanan.

Bagi 2026, sebanyak 11 pemberangkatan umrah telah dirancang, walaupun industri pelancongan Islam berdepan cabaran susulan ketidaktentuan geopolitik di Timur Tengah.

Dalam usaha memperluas pengalaman ibadah dan pelancongan, Na’am Travel turut memperkenalkan pakej korban sambil berwisata ke beberapa destinasi di Indonesia seperti Surabaya, Jogjakarta dan Lombok, dengan kerjasama Al-Imtaq International & Services.

Pengarah Urusan Al-Imtaq International & Services, Ustaz Musa Zulkifli, berkata program tersebut mendapat sambutan memberangsangkan, khususnya daripada peserta yang ingin merasai sendiri pengalaman ibadah korban secara menyeluruh, daripada proses penyembelihan hingga pengagihan daging kepada golongan memerlukan.

“Program ini mendapat sambutan hangat, khususnya daripada peserta yang ingin merasai sendiri pengalaman melaksanakan ibadah korban.

“Daripada proses penyembelihan hingga pengagihan daging kepada warga yang memerlukan. Pengalaman bermakna dan penuh keinsafan ini menjadikan ramai peserta terdahulu terpanggil mahu menyertainya semula,” katanya.

Bermula 2026, pakej korban sambil berwisata ini terus dibuka kepada orang ramai, termasuk ke destinasi popular lagi menarik seperti Surabaya, Jogjakarta dan Lombok.

Selain pelaksanaan ibadah, peserta turut berpeluang menikmati keindahan alam serta tempat bersejarah di Indonesia, khususnya di Lombok.

Pakej ditawarkan pada kadar berpatutan, iaitu kambing korban $190 seekor, korban akikah $200, manakala lembu $1,200 bagi tujuh peserta.

“Setiap pendaftaran turut menyumbang $5 sebagai wakaf pembangunan maahad tahfiz. Program ini bukan sahaja memenuhi tuntutan ibadah, malah menyemai keinsafan, berkongsi rezeki dan mengeratkan ukhuwah,” tambah Ustaz Musa.

SEKILAS:

1. Bagi pembayaran tunai, hubungi Encik Abu Bakar di talian 9746-9073.

2. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa DBS 019-904263-9.

3. Cek atas nama Al-Imtaq International & Services.

4. PayNow ke UEN 53202179K (selepas melakukan transaksi, berikan bukti sumbangan dan hantar melalui talian WhatsApp secepat mungkin di 8454-3782).

5. Kunjungi pejabat Na’am Travel di 228 Changi Road #01-05 Icon @Changi Singapura 419741, atau hubungi talian 8464-7880 untuk mendaftar.

6. Untuk maklumat lanjut, sila lungsuri laman www.al-imtaq.com.