Topik diikuti
Pergi ke BHkuTrend korban sambil wisata kian raih sambutan
Trend korban sambil wisata kian raih sambutan
Trend korban sambil wisata kian raih sambutan
Pelaksanaan ibadah korban di luar negara sambil berpeluang melancong semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.
Seiring perkembangan ini, beberapa syarikat tempatan turut menganjurkan program tersebut setiap tahun.
Antara yang aktif pada 2026 ialah Al-Imtaq International & Services, dengan mereka menjalin kerjasama strategik bersama Na’am Travel Pte Ltd, bagi merealisasikan daya usaha berkenaan.
Pengarah Urusan Al-Imtaq International & Services, Ustaz Musa Zulkifli, berkata:
“Pada 2026 ini, Al-Imtaq bekerjasama dengan agensi pelancongan Na’am Travel untuk membimbing peserta melaksanakan ibadah korban dan berwisata di Lombok, dari 25 hingga 29 Mei. Harga pakej $1,050.
“Program wisata termasuk mengunjungi pelajar tahfiz, berqiamullail serta solat subuh berjemaah di penginapan Kampung Bandok.
“Mereka yang ikut wisata kami akan menyaksikan keindahan Gunung Rinjani, berpeluang melawat ladang buah-buahan seperti strawberi, anggur dan buah naga; memetik dan menikmati buah-buah tersebut, serta menyaksikan burung layang-layang menghasilkan sarangnya,” jelas Ustaz Musa.
Walaupun Lombok menjadi pilihan utama, Al-Imtaq turut menyasarkan pelaksanaan ibadah korban di Sumbawa yang terletak di daerah Nusa Tenggara Barat (NTB).
Ustaz Musa telah mengunjungi beberapa tempat dan mendapati masih ramai dalam kalangan masyarakat yang hidup di bawah garis kemiskinan, sekali gus menzahirkan keperluan berterusan bagi usaha bantuan dan sokongan lebih menyeluruh
“Harga haiwan korban seperti kambing dan lembu berbeza mengikut saiz dan usia, dengan variasi harga, dari yang lebih rendah hingga yang lebih tinggi.
“Bagi kategori harga pertengahan, kambing korban ditawarkan pada harga $190, manakala kambing akikah $200. Untuk lembu korban (tujuh bahagian), harganya $1,200.
“Setiap peserta juga akan menyumbang $5 bagi tujuan wakaf pembangunan sebuah maahad tahfiz yang dibangunkan pada 2012 dan kini menampung kira-kira 600 pelajar,” katanya.
Ustaz Musa menambah: “Jutaan terima kasih saya ucapkan atas sokongan padu masyarakat Melayu/Islam Singapura terhadap pelbagai projek yang kami usahakan.
“Antaranya, termasuk projek tahunan sempena Ramadan dan Hari Raya Aidiladha, di samping projek berterusan sepanjang tahun seperti pembinaan prasarana musala, masjid dan maahad tahfiz, pembinaan perigi, serta pelaksanaan ibadah akikah dan tahnik.”
SEKILAS:
1. Bagi pembayaran tunai, hubungi Encik Abu Bakar di talian 9746-9073.
2. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa DBS: 019-904263-9.
3. Cek atas nama Al-Imtaq International & Services.
4. PayNow ke UEN No 53202179K (selepas lakukan transaksi, berikan bukti sumbangan dan hantar melalui talian WhatsApp secepat mungkin di 8454-3782).
5. Kunjungi pejabat Na’am Travel di 228 Changi Road #01-05 ICON @CHANGI Singapore 419741, atau hubungi talian 8464-7880 untuk membuat pendaftaran.
6. Untuk maklumat lanjut, sila lungsuri laman www.al-imtaq.com.
