KrisShop tawar langganan digital ST, BT
Pembeli di KrisShop, platform dalam talian milik Singapore Airlines (SIA), kini boleh mendapatkan langganan digital The Straits Times (ST) dan The Business Times (BT) hasil kerjasama terkini syarikat itu bersama SPH Media.
Mata ganjaran KrisFlyer boleh digunakan untuk menebus langganan berita digital itu, dan sebagai insentif, sesiapa yang membeli langganan antara 3 Mac dengan 16 Mac, akan menikmati mata ganjaran KrisFlyer berganda, jelas SPH Media dalam kenyataan pada 3 Mac.
Langganan prabayar penuh selama 12 bulan berikut ditawarkan sepanjang tempoh promosi:
– The Straits Times One Digital (akses pada satu peranti): $108.99 atau 10,899 mata KrisFlyer, bersama baucar digital Holistic Way bernilai $20.
– The Straits Times All Digital (akses pada pelbagai peranti): $329.17 atau 32,917 mata KrisFlyer, bersama baucar digital Holistic Way bernilai $50.
– The Business Times Personal (akses pada satu peranti): $108.99 atau 10,899 mata KrisFlyer, bersama baucar digital Holistic Way bernilai $20.
– The Business Times All Digital (akses pada pelbagai peranti): $362.20 atau 36,220 mata KrisFlyer, bersama baucar digital Holistic Way bernilai $50.
Semua pelan menyediakan akses berita digital premium serta akhbar elektronik dengan akses arkib sehingga dua minggu.
Ketua Strategi Media SPH Media, Cik Tina Pang, berkata: “Kerjasama ini membolehkan kami membawa laporan berita yang dipercayai kepada lebih ramai pembaca, sambil menonjolkan perspektif unik Singapura yang menjadi identiti penerbitan kami.”
Beliau menambah kerjasama itu akan memperluas “akses kepada berita yang boleh dipercayai dengan cara yang mudah dan relevan kepada pengguna masa kini”.
Pengarah komersial KrisShop, Cik Anne Jivananta, berkata: “Penerbitan SPH Media diiktiraf secara meluas sebagai antara sumber berita paling lama bertapak di Singapura, dan kami berbesar hati untuk membawanya ke KrisShop.”
“
“Kerjasama ini membolehkan kami membawa laporan berita yang dipercayai kepada lebih ramai pembaca, sambil menonjolkan perspektif unik Singapura yang menjadi identiti penerbitan kami.”
