Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kuatkan sistem imun bagi tahun baru, Ramadan melalui gabungan tiga suplemen

Gandingan makanan tambahan GutShield Pro, Manuka Honey dan Ultra-Pure Omega-3 Herbal Pharm baik bagi seisi keluarga tempuh 2026, puasa dengan lebih kuat, sihat dan bermakna
Dec 27, 2025 | 5:30 AM
Penolong Naib Presiden (AVP), Jabatan Jualan, Herbal Pharm, Cik Fadilah Din (kanan), bersama AVP Jabatan Pemasaran, Cik Diana Khalid, memastikan produk makanan tambahan Herbal Pharm dihasilkan secara selamat serta memenuhi piawaian mutu untuk kegunaan orang ramai.
Penolong Naib Presiden (AVP), Jabatan Jualan, Herbal Pharm, Cik Fadilah Din (kanan), bersama AVP Jabatan Pemasaran, Cik Diana Khalid, memastikan produk makanan tambahan Herbal Pharm dihasilkan secara selamat serta memenuhi piawaian mutu untuk kegunaan orang ramai. - Foto HERBAL PHARM

Dengan 2025 hampir melabuhkan tirainya, pelbagai tuntutan, kesibukan dan cabaran harian boleh dijangka pada tahun baru 2026 yang bakal menjelma.

Dalam menghadapi fasa baru ini, tahap kesihatan, khususnya sistem imun, atau daya tahan tubuh, perlu diberi perhatian agar tubuh sentiasa bersedia, sihat dan tangkas dalam menangani sembarang gejala atau cabaran kesihatan yang mungkin timbul.

Ini ditambah pula dengan Ramadan yang bakal menjelang.

Berpuasa, melaksanakan ibadah malam, serta tuntutan yang melibatkan tenaga fizikal pada bulan suci Ramadan menyedarkan betapa pentingnya daya tahan tubuh yang kuat.

Imuniti kuat terhasil secara beransur-ansur, bukan serta-merta – satu peringatan supaya mula menjaga tubuh kita dari sekarang agar kita dapat melangkah ke tahun baru dengan tahap kesihatan optimum.

Justeru, Herbal Pharm mengetengahkan gandingan trio makanan tambahan GutShield Pro, Manuka Honey dan Ultra-Pure Omega-3.

Produk GutShield Pro membina pertahanan asas, iaitu mengukuhkan kesihatan usus.

Madu Manuka memberi perlindungan harian secara semula jadi.

Ultra-Pure Omega-3 pula menyokong ketahanan sel pada jangka panjang.

Penolong Naib Presiden Jabatan Jualan Herbal Pharm, Cik Fadilah Din, berkata: “Awal tahun baru seperti permulaan yang segar. Bagi ramai dalam kalangan kita, menjaga kesihatan merupakan satu keutamaan.

“Di Herbal Pharm, kami yakin apabila tubuh diberikan sokongan tepat, kita bukan melindungi kesejahteraan diri sahaja, malah mempersiapkan diri untuk menempuh tahun mendatang dengan lebih kuat, sihat dan bermakna.

“Itulah sebabnya trio imuniti ini sangat penting bagi kami. Ia merupakan cara ringkas dan boleh dipercayai untuk seisi keluarga memulakan 2026 dengan keyakinan dan kesejahteraan lebih baik.”

Cik Fadilah juga berkata kesihatan usus adalah asas kekuatan imun.

GutShield Pro ialah makanan tambahan yang baik untuk sistem pencernaan. Ia sekali gus membantu menstabilkan fungsi usus, mengukuhkan imuniti dan mengurangkan ketidakselesaan seperti kembung perut.

“Tubuh sihat bermula daripada usus sihat. GutShield Pro menyokong kesihatan ‘mikrobiom’ (sejenis mikroorganisme halus yang ada dalam ekosistem tubuh manusia) melalui probiotik.

“Ia menggalak pencernaan yang lebih baik. Zat-zat makanan dapat diserap secara optimum semasa berpuasa. Selain itu, ia dapat mengurangkan keradangan,” ujar beliau.

Manuka Honey keluaran Herbal Pharm merupakan madu tulen bermutu tinggi. Ia dituai secara mampan di New Zealand.

Madu ini menyediakan sokongan antibakteria, antioksidan dan kesihatan keseluruhan yang lebih kuat, sekali gus menjadikannya pilihan premium dalam kategori Manuka (madu yang mempunyai ciri-ciri penambah baik kesihatan).

Manuka Honey juga menyokong kesihatan tekak dan imuniti.

Ia membantu mengekalkan perlindungan imun harian, malah sangat berguna menjelang Ramadan.

Sesudu madu setiap hari menawarkan kekuatan dan mengekalkan manfaat antibakteria semula jadi.

Ultra-Pure Omega-3 pula memberi sokongan menyeluruh bagi beberapa aspek kesihatan, termasuk menurunkan trigliserida (lemak dalam tubuh) dan meningkatkan fungsi kardiovaskular, membantu tumpuan mental dan daya ingatan, mengurangkan keradangan pada sendi serta meningkatkan fleksibiliti.

Ia juga menyokong kesihatan mata dan membantu mengurangkan tekanan oksidatif, atau ketidakseimbangan dalam badan.

Produk ini dihasilkan dengan ramuan tiga kali ganda kandungan Omega-3 bagi setiap ‘softgel’ berbanding suplemen biasa.

Ultra-Pure Omega-3 pula menyokong imun pada peringkat sel.

Omega-3 (EPA + DHA) membantu mengawal keradangan dan memastikan sel imun berfungsi dengan cekap. Ia juga menyokong kesihatan jantung, otak, sendi dan imun, yang penting bagi mengharungi hari-hari dengan lebih bertenaga.

Produk makanan tambahan ini bermanfaat bagi golongan yang bekerja, warga emas, dan sesiapa sahaja yang mahukan kesihatan tubuh.

“Kuasa gandingan trio GutShield Pro, Manuka Honey dan Ultra-Pure Omega-3 mewujudkan satu rutin imuniti mudah yang boleh diikuti sepanjang tahun.

“Jadikan penjagaan dan kesihatan sistem imun sihat sebagai keutamaan dalam azam Tahun Baru dan matlamat Ramadan anda.

“Kesimpulannya, mulakan langkah ke Tahun Baru dengan rutin kesihatan konsisten demi kesejahteraan sepanjang tahun,” tambah Cik Fadilah.

MAKLUMAT LANJUT:

* Layari https://www.herbalpharm.com.sg atau hubungi nombor telefon 6749-0004 atau WhatsApp ke talian 9889-0004 untuk maklumat lanjut.

* Kunjungi bilik pameran Herbal Pharm di 8 Race Course Lane, Singapura 218735 atau di 1008 Toa Payoh North, #01-01, Singapura 318996.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg