Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kumpulan pertama jemaah haji S’pura kembali ke tanah air

Jun 24, 2024 | 8:55 PM
Kumpulan jemaah haji pertama Singapura tiba di Terminal 3, Lapangan Terbang Changi, dengan disambut mesra anggota keluarga pada 12 tengah hari pada 24 Jun.
Kumpulan jemaah haji pertama Singapura tiba di Terminal 3, Lapangan Terbang Changi, dengan disambut mesra anggota keluarga pada 12 tengah hari pada 24 Jun. - Foto MUIS

Kumpulan pertama jemaah haji seramai 70 orang selamat pulang ke Singapura pada 12 tengah hari pada 24 Jun.

Mereka adalah jemaah Shahidah Travel and Tours Pte Ltd, yang menaiki pesawat Saudi Arabian Airlines dari Jeddah ke Kuala Lumpur sebelum sampai ke Singapura dengan pesawat Singapore Airlines.

Kelihatan kegembiraan keluarga jemaah apabila mereka mendakap mesra penuh kerinduan anggota jemaah yang tiba di Terminal 3, Lapangan Terbang Changi itu.

Kepulangan mereka disambut Ketua Pejabat Ehwal Jemaah Singapura (SPAO), yang juga Timbalan Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Khairul Anwar, serta Timbalan Mufti yang juga Pegawai Agama SPAO, Dr Izal Mustafa Kamar.

Muis berkata dalam satu hantaran Facebook bahawa kumpulan terakhir jemaah Singapura dijadualkan kembali pada 8 Julai.

“Kami mendoakan bagi kembalinya semua jemaah dengan selamat dan moga ibadah haji mereka diterima dan meraih ganjaran berlebihan,” kata Muis.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg