Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kumpulan Silat Seni Gayong wakili Singapura di mesyuarat antarabangsa

Sep 11, 2025 | 6:28 PM
Empat wakil dari Persatuan Silat Seni Gayong Naga Bura Singapura telah mewakili Singapura di Mesyuarat Agung Tahunan World Martial Art Union yang berlangsung dari 9 hingga 11 September di Korea Selatan. Dalam gambar dari kanan ialah setiausaha persatuan, Dr Saiful Nizam Subari; guru silat, Encik Mohammad Saleh Husain; presiden persatuan, Encik Abdullah Hussain dan bendahari persatuan, ⁠Encik Mohammad Sufyan Samhudin.
Empat wakil dari Persatuan Silat Seni Gayong Naga Bura Singapura telah mewakili Singapura di Mesyuarat Agung Tahunan World Martial Art Union yang berlangsung dari 9 hingga 11 September di Korea Selatan. Dalam gambar dari kanan ialah setiausaha persatuan, Dr Saiful Nizam Subari; guru silat, Encik Mohammad Saleh Husain; presiden persatuan, Encik Abdullah Hussain dan bendahari persatuan, ⁠Encik Mohammad Sufyan Samhudin. - Foto ihsan SAIFUL NIZAM SUBARI

Persatuan Silat Seni Gayong Naga Bura Singapura telah mewakili Singapura di Mesyuarat Agung Tahunan Ke-24 World Martial Arts Union (WoMAU) yang berlangsung dari 9 hingga 11 September di Chungju, Korea Selatan.

Mesyuarat itu turut disertai lebih 50 wakil pasukan dari sekitar 40 negara termasuk pertubuhan seni mempertahankan diri dari seluruh dunia.

Semasa acara itu, Persatuan Seni Gayong Naga Bura juga telah menandatangani Deklarasi Sokongan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) Fit for Life bagi memupuk kesihatan, kesaksamaan dan keterangkuman melalui seni mempertahankan diri.

Presiden Persatuan Silat Seni Gayong Naga Bura, Encik Abdullah Hussain (kanan) menandatangani Deklarasi Sokongan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) Fit for Life bagi memupuk kesihatan, kesaksamaan dan keterangkuman melalui seni mempertahankan diri.
Presiden Persatuan Silat Seni Gayong Naga Bura, Encik Abdullah Hussain (kanan) menandatangani Deklarasi Sokongan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) Fit for Life bagi memupuk kesihatan, kesaksamaan dan keterangkuman melalui seni mempertahankan diri. - Foto ihsan SAIFUL NIZAM SUBARI

Mereka juga menghadiahkan bukuSilat Seni Gayong PASAK kepada para delegasi.

“Tujuannya adalah untuk memberitahu dan merakam sejarah Silat Gayong PASAK (Perkumpulan Anak-anak Sandiwara Angakatan Kesenian) sebagai satu seni bela diri yang berasal dari Pulau Sudong.

“Pengorbanan dan jasa baik para pelopor Silat Gayong harus dikenang dan diteruskan,” kata setiausaha persatuan itu, Dr Saiful Nizam Subari kepada Berita Harian.

Silat Seni Gayong, diasaskan oleh Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman, seorang tokoh silat tersohor dari Perak, Malaysia.

Para delagasi yang telah menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Ke-24 World Martial Arts Union (WoMAU) 
Para delagasi yang telah menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Ke-24 World Martial Arts Union (WoMAU)  - Foto ihsan SAIFUL NIZAM SUBARI

Persatuan Silat Gayong PASAK telah ditubuhkan sejak 1963 tetapi telah dibubarkan pada 2020. Untuk meneruskan legasi dan persenian silat Gayong, Persatuan Silat Seni Gayong Naga Bura telah ditubuhkan secara rasmi pada 8 Ogos 2024 dan dipimpin oleh Encik Abdullah Hussain, yang merupakan antara kumpulan pertama jurulatih Silat Seni Gayong Pasak pada 1960-an hingga 1970-an yang dipimpin oleh ketua guru Allahyarham Hussein Kaslan.

“Seni bela diri adalah satu jendela budaya yang patut dilestarikan. Kami lihat pihak Korea sangat bangga dengan warisan budaya tak ketara mereka dan berusaha mendigitalkan pergerakan serta ilmu tersebut supaya sampai ke generasi muda,” tambah Dr Saiful, yang juga seorang doktor perubatan dan mempunyai klinik di kawasan West Coast.

Beliau juga menegaskan sokongan pasukan terhadap inisiatif Fit for Life Unesco sebagai usaha antarabangsa untuk meningkatkan taraf jasmani dan keterangkuman melalui seni mempertahankan diri.

WoMAU ialah sebuah wakil badan bukan pemerintah (NGO) antarabangsa yang ditubuhkan pada 2002 untuk memelihara dan menyebarkan sayap seni mempertahankan diri tradisional di seluruh dunia.

Sebagai persatuan tidak mencari keuntungan, ia bertujuan memupuk nilai budaya dan membina keamanan dunia dengan berkerjasama masyarakati seni mempertahankan diri melalui acara, seminar, dan program pertukaran antara masyarakat seni mempertahankan diri.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg