Ladang solar pertama SAF siap dibina di Pangkalan Udara Sembawang

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ladang solar pertama SAF siap dibina di Pangkalan Udara Sembawang

Dapat jana kuasa yang sama ibarat bekal tenaga kepada 4,700 flat HDB empat bilik setiap tahun setelah siap akhir 2026
Jan 30, 2026 | 6:59 PM

Ladang solar pertama SAF siap dibina di Pangkalan Udara Sembawang

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Ladang solar, SAF, Pangkalan Udara Sembawang, Chan Chun Sing
Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing (berbaju hitam), diberi taklimat tentang ladang solar baru yang dilancarkan di Pangkalan Udara Sembawang pada 30 Januari. - Foto ST

Sebuah ladang solar berskala besar – yang pertama oleh Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) – telah dibuka di Pangkalan Udara Sembawang pada 30 Januari.

Setelah siap sepenuhnya menjelang akhir 2026, ia akan dapat menjana tenaga puncak 18 megawatt (MWp) – sama seperti membekalkan kuasa kepada 4,700 flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) empat bilik setiap tahun.

Berucap pada pelancaran itu, Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing, berkata projek itu merupakan sebahagian daripada usaha nasional yang lebih besar untuk Singapura memperkukuh daya tahan tenaganya.

“Setiap perkara yang boleh kita lakukan untuk mempelbagaikan keperluan tenaga kita; setiap perkara yang boleh kita lakukan untuk memperkukuh keperluan tenaga kita, setiap perkara adalah penting, dan itulah yang kami bertekad untuk lakukan,” kata Encik Chan.

Encik Chan berkata daya tahan tenaga merupakan cabaran nasional utama Singapura yang seterusnya, selepas air, dan memerlukan penjanaan tenaga yang mampan dan pengurusan permintaan yang teliti.

Selain menjana tenaga yang lebih mampan, Encik Chan berkata SAF juga mesti mengurus penggunaan kuasanya dengan teliti, bersama-sama dengan usaha nasional yang lebih besar.

Menyifatkan ladang solar itu sebagai “satu peristiwa penting” bagi SAF, beliau menyatakan pihak tentera berjaya mengatasi cabaran keselamatan, sekuriti dan teknikal untuk memasang panel solar di beberapa bahagian pangkalan udara.

Ladang solar itu kini mempunyai sistem fotovoltaic (PV) solar 13.5 MWp yang dipasang di tanah lapang Pangkalan Udara Sembawang.

Usaha sedang dijalankan untuk memasang lagi sistem PV solar 4.5 MWp di atas bumbung bangunan di pangkalan udara itu menjelang akhir 2026.

Setelah siap, Mindef berkata ladang solar itu dapat menjana sistem PV solar 18 MWp yang akan mengimbangi permintaan tenaganya dengan ketara, memberikan potensi penjimatan kos kira-kira $1.9 juta setahun.

“Walaupun kecekapan panel solar hari ini adalah kira-kira 20 hingga 30 peratus, kita tidak boleh fikir kemajuan teknologi dan kecekapan panel solar tidak dapat menjana jumlah tenaga yang lebih tinggi bagi setiap meter persegi atau setiap kaki persegi (pada mada hadapan),” kata Encik Chan.

Penyiapan ladang solar itu juga menandakan kejayaan Mindef dan SAF mencapai 50 MWp tenaga solar menjelang 2025, menyumbang kepada sasaran kemampanan Singapura di bawah Pelan Hijau Singapura 2030 yang telah ditetapkan pada 2021.

Encik Chan berkata pelancaran ladang solar itu juga membuktikan bahawa Mindef boleh memperluaskan projek sedemikian di lapangan terbang atau pangkalan udara lain.

Selain Pangkalan Udara Sembawang, Mindef berkata mereka juga akan memasang kira-kira 13.5 MWp sistem PV solar di seluruh kem dan pangkalan SAF yang lain menjelang akhir 2027 – yang akan meningkatkan jumlah tenaga solar di semua kemudahan Mindef dan SAF kepada kira-kira 68 MWp.

Ladang solar pangkalan udara itu merupakan yang kedua di Singapura yang dibina di atas lapangan terbang. Yang pertama telah siap dibina di Lapangan Terbang Changi pada awal 2025, dengan kapasiti sebanyak 5 MWp.

Selain ladang solar baru, inisiatif kemampanan lain yang dipamerkan oleh SAF pada 30 Januari termasuk sistem pemantauan utiliti pintar dan sistem cucian automatik untuk helikopter Chinook Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg