Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lagi 5,300 unit darah tali pusat Cordlife dianggap tidak berdaya hidup

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lagi 5,300 unit darah tali pusat Cordlife dianggap tidak berdaya hidup

Apr 08, 2024 | 09:13 PM



Dianggarkan tambahan 5,300 unit darah tali pusat daripada tangki dan penghantar kering di Cordlife didapati mungkin tidak sesuai untuk tujuan pemindahan sel stem dan telah dianggap tidak berdaya hidup (non-viable), kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada 8 April.

Lebih banyak ujian perlu dilakukan untuk unit darah tali pusat (CBU) dalam lima tangki lain untuk memastikan statusnya dengan lebih baik, tambah kementerian itu.

Keputusan ujian bagi lima tangki itu dijangka mengambil masa setahun untuk disiapkan kerana kerumitannya, kata seorang jurucakap MOH.

Proses di syarikat perbankan darah tali pusat Cordlife mendapat perhatian selepas pihak berkuasa kesihatan mendedahkan pada 30 Nov 2023, bahawa CBU yang disimpan dalam tujuh daripada 22 tangki simpanannya terdedah kepada suhu penyimpanan yang tidak optimum.

Sebelum ini ia diumumkan bahawa sekitar 2,200 CBU dalam salah satu tangki yang terjejas, dikenali sebagai Tangki A, telah rosak dan tidak sesuai untuk pemindahan sel stem.


Perkembangan terkini itu datang selepas makmal pihak ketiga menjalankan ujian ke atas sampel darah tali pusat untuk memastikan daya maju 19,700 CBU dalam enam tangki kriogenik dan pengirim kering (dry shipper).

MOH sebelum ini berkata keputusan ujian akan dikeluarkan pada akhir Mac.

Dalam kenyataan itu lagi, MOH berkata cara muktamad untuk menyimpulkan daya kehidupan CBU adalah dengan menguji secara individu semua CBU dalam tangki yang terjejas ini.

“Bagaimanapun, ini tidak praktikal kerana ia akan mengambil masa bertahun-tahun, malah beberapa dekad, untuk menyelesaikan semua ujian. Sebaliknya, Cordlife menjalankan ujian sampel melalui makmal pihak ketiga.

“Ini akan memberikan petunjuk awal, tetapi bermakna, jika peristiwa pemanasan telah memberi kesan kepada unit darah tali pusat yang disimpan dalam tangki ini,” kata jurucakap MOH.

MOH berkata keputusan kajian dan analisis punca menunjukkan bahawa CBU yang disimpan di dalam Tangki B dan pengirim kering mempunyai risiko yang tinggi untuk ia juga menjadi terjejas.

Lapan daripada 12 sampel daripada Tangki B dan lima daripada 12 sampel daripada penghantar kering telah gagal ketika menjalani ujian.

Menerusi ujian yang dijalankan terhadap baki lima tangki (Tangki C hingga G), yang menyimpan sekitar 14,000 CBU, telah dinilai sebagai mempunyai risiko rendah terhadap peristiwa pemanasan suhu.

Kesemua 30 sampel daripada seluruh tangki ini telah lulus ujian daya kehidupan dan potensi yang dijalankan oleh makmal pihak ketiga yang bebas.

“Pakar MOH telah mengesyorkan agar Cordlife menguji lebih banyak unit darah tali pusat dalam lima tangki ini untuk mencapai keputusan yang lebih ketara secara statistik (pada tahap keyakinan 99 peratus).


“Cordlife sejak itu bersetuju untuk menguji lebih 200 sampel tambahan di lima tangki ini dan akan menyemak hasil keputusan ujian dengan berunding dengan pakar kami,” kata jurucakap itu lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >