Lengkapi ibadah puasa Ramadan dengan berzakat, legakan derita insan lain

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lengkapi ibadah puasa Ramadan dengan berzakat, legakan derita insan lain

Jamiyah sediakan kaedah mudah tunai kewajipan zakat, bersedekah untuk bantu golongan memerlukan
Feb 20, 2026 | 5:30 AM

Lengkapi ibadah puasa Ramadan dengan berzakat, legakan derita insan lain

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Ustaz Mohammed Suhaimi Mohamed Fauzi, jamiyah
Ustaz Mohammed Suhaimi Mohamed Fauzi (kanan) menegaskan komitmen Jamiyah Singapura memastikan setiap pembayaran zakat yang diterima daripada orang ramai diurus secara amanah, telus dan sempurna demi manfaat semua asnaf. - Foto JAMIYAH SINGAPURA

Ramadan tiba lagi dan dengan penuh rendah hati, Jamiyah Singapura mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam.

Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga. Ia adalah bulan suci untuk menanam bekalan buat hari akhirat. Setiap amalan yang dilakukan sepanjang bulan ini digandakan pahalanya, dan setiap niat ikhlas dinilai dengan kemurahan Ilahi.

“Namun, ibadah Ramadan tidak lengkap sekiranya seorang Muslim hanya memberi tumpuan kepada ibadah puasa, solat malam, tilawah Al-Quran, dan zikir peribadi, sedangkan hatinya beku terhadap penderitaan insan di sekelilingnya,” ujar Pengarah Hal Ehwal Agama dan Masyarakat Jamiyah, Ustaz Mohammed Suhaimi Mohamed Fauzi.

Beliau menekankan bahawa Islam tidak pernah memisahkan kerohanian daripada tanggungjawab sosial. Dalam Surah Al-Ma’un, Allah swt memberi amaran keras kepada mereka yang lalai dalam solat dan enggan menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

“Pesanannya amat jelas: Ibadah ritual kehilangan makna apabila ia tidak diiringi dengan sifat belas kasihan dan kemurahan hati. Iman yang tidak dizahirkan melalui kasih sayang kepada fakir miskin, anak yatim dan mereka yang susah hanyalah satu pengakuan kosong,” jelas Ustaz Suhaimi.

Justeru, Al-Quran sentiasa menggandingkan solat dan zakat. Solat menyucikan jiwa, manakala zakat membersihkan harta dan menyembuhkan luka masyarakat.

Yang satu mengangkat darjat individu, yang satu lagi mengukuhkan umat. Melalui sedekah dan derma, yang lapar dikenyangkan, yang lemah dilindungi, dan maruah dipulihkan bagi mereka yang menanggung derita dalam senyap.

“Lebih daripada itu, sifat pemurah memupuk rasa empati, memutuskan belenggu sifat mementingkan diri, dan menyemarakkan perpaduan sesama mukmin,” ujar Ustaz Suhaimi.

Ramadan mengajak umat Islam melihat melebihi kepentingan diri sendiri, untuk menyedari bahawa kejayaan sebenar bukan terletak pada ketakwaan peribadi semata-mata, tetapi juga dalam mengangkat darjat orang lain.

Apabila seseorang itu memberi kerana Allah, beliau melabur untuk akhirat dan menyumbang kepada ketinggian akhlak serta kesejahteraan umat.

Ustaz Suhaimi turut mengatakan bahawa Rasulullah saw paling dermawan dalam Ramadan, sekali gus mengajar umatnya bahawa sedekah adalah teman sejati puasa.

“Rasa lapar melembutkan hati, membolehkan seorang Mukmin merasai keperitan mereka yang menanggung kesusahan setiap hari. Daripada menjamu orang berbuka puasa hingga kepada menyokong usaha kebajikan jangka panjang, setiap pemberian itu membawa pahala besar,” ujar beliau.

Amalan memberi dalam Ramadan tidak terhad kepada zakat, malah merangkumi sedekah dalam pelbagai bentuk, bantuan kewangan, kata-kata baik, dan keprihatinan yang tulus.

“Apabila sifat pemurah menjadi kebiasaan pada bulan mulia ini, ia membentuk peribadi yang kekal hingga di luar Ramadan, melahirkan masyarakat berakar pada rahmat, keadilan, dan tanggungjawab bersama.

“Dengan cara ini, Ramadan bukan menjadi perjalanan rohani peribadi sahaja, bahkan kebangkitan kolektif bagi seluruh umat,” tambah Ustaz Suhaimi.

Bagi memudahkan umat Islam menunaikan kewajipan zakat, Jamiyah menyediakan beberapa kaedah pembayaran mudah lagi ringkas.

Zakat boleh dibayar secara dalam talian melalui laman rasmi Jamiyah di https://forms.jamiyah.org.sg/zakat atau dengan memanfaatkan kemudahan kod QR, PayNow serta derma elektronik.

KAEDAH TUNAI ZAKAT KEPADA JAMIYAH

– Pembayaran secara fizikal di beberapa pusat Jamiyah, termasuk di Pusat Islam Jamiyah di Lorong 12 Geylang, Pusat Rawatan Darul Syifaa di West Coast, Pusat Peralihan Darul Islah di Pasir Panjang, dan Jamiyah Academy di Chai Chee. Kehadiran anda amat dialu-alukan bagi memudahkan urusan sumbangan secara terus.

– Perkhidmatan ‘Mobil Amil’, yang memberi kemudahan tambahan kepada penderma. Berkonsepkan mesra pelanggan melalui slogan ‘Picit Aje, Amil Sampai’, petugas Jamiyah akan pergi ke rumah atau pejabat anda untuk memungut zakat anda. Bagi perkhidmatan ini, sila hubungi talian 9720-5001 untuk janji temu.

– Lungsuri laman https://www.jamiyah.org.sg/ bagi perincian selanjutnya.

– Imbas kod QR ini untuk membayar zakat secara online di https://forms.jamiyah.org.sg/zakat.

Untuk menyokong Jamiyah, sila imbas kod QR ini.
Untuk menyokong Jamiyah, sila imbas kod QR ini. - Foto JAMIYAH SINGAPURA
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg