Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Laksana korban sambil sokong projek naik taraf

Jun 14, 2024 | 5:30 AM
Pengagihan daging korban kepada penduduk memerlukan di Probolinggo, Indonesia, pada 2023. 
Pengagihan daging korban kepada penduduk memerlukan di Probolinggo, Indonesia, pada 2023.  - Foto MASJID ALKAFF KAMPUNG MELAYU

Pakej korban Masjid Alkaff Kampung Melayu bukan sahaja untuk melaksanakan ibadah korban bahkan bersedekah kepada fakir miskin di Probolinggo, Surabaya, Indonesia, serta menyumbang kepada dana peningkatan masjid.

“Alhamdulillah, Masjid Alkaff Kampung Melayu akan melaksanakan ibadah korban di pesantren di Kraksaan, Probolinggo, Surabaya, seperti tahun lalu (2023).

“Di sana, pegawai-pegawai kami yang akan menyembelih haiwan korban tersebut,” jelas Pegawai Pembangunan Belia, Masjid Alkaff Kampung Melayu, Ustaz Muhamad Irwan Saian,

Menurutnya, daging korban akan diagihkan kepada penduduk Probolinggo yang terdiri daripada fakir miskin, pegawai pesantren, masyarakat yang tinggal di sekeliling pesantren dan juga kepada petugas di pesantren itu sendiri untuk disajikan kepada pelajarnya.

Hasil projek korban itu juga akan disalurkan kepada Dana Peningkatan Masjid Alkaff Kampung Melayu.

Pengurus masjid itu, Ustaz Mohd Taufiq Mohd Ismail, berkata: “Kami berharap masyarakat setempat dapat terus menyokong dan mengimarahkan Masjid Alkaff Kampung Melayu serta membantu mencukupkan dana peningkatan masjid ini.”

Menurutnya, antara sebab peningkatan itu amat diperlukan adalah demografi penduduk Islam di sekitar Bedok dan Bedok Reservoir yang semakin menua.

Lantas, ia memerlukan kemudahan yang mesra warga emas serta mempunyai ciri bebas halangan termasuk lif, laluan tanjakan dan sebagainya.

Dana itu juga akan digunakan untuk meningkatkan kemudahan dan prasarana yang sesuai serta sejajar dengan keperluan terkini bagi pembelajaran Islam dan pembangunan sosial.

“Ia juga bagi memenuhi keperluan disebabkan pembangunan yang bakal berlaku di sekitar Masjid Alkaff Kampung Melayu seperti kemudahan bersepadu hospital yang bakal dibina bersebelahan masjid menjelang 2030.

“Ini bakal meningkatkan kunjungan masyarakat di sekitar masjid ini pada masa hadapan,” jelasnya lagi.

Beliau berharap lebih ramai akan melaksanakan korban bersama masjid ini dan menyumbang secara langsung kepada dana peningkatannya.

Harga korban untuk seekor kambing adalah $275 dan lembu $300 untuk satu bahagian. Dalam pakej yang disediakan, peserta korban akan diberi sijil dan sekeping gambar pelaksanaan korban.

Cara mendaftar bagi ibadah korban:

1. Imbas kod QR yang disediakan.

2. Langsung ke pejabat masjid di 200 Bedok Reservoir Road, Singapura 479221, dari Isnin hingga Jumaat: 9 pagi hingga 5.30 petang.

3. Bagi khidmat pendaftaran untuk kutipan dari rumah, hubungi talian 6242-7244, untuk mengatur janji temu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg