Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Laku kesalahan seksual budak bawah umur: Latihan reformatif untuk remaja

Jul 4, 2024 | 2:32 PM
Berita jenayah dari bilik mahkamah.
Berita jenayah dari bilik mahkamah. - Foto fail ST

SEORANG remaja berusia 16 tahun yang melakukan kesalahan seksual terhadap enam gadis bawah umur secara berasingan, diarah menjalani latihan reformatif selama sekurang-kurangnya enam bulan pada 4 Julai.

Pesalah muda yang dihantar ke pusat itu ditahan untuk menjalani rejimen ketat termasuk latihan berbaris dan menjalani kaunseling, lapor The Straits Times.

Remaja itu baru berusia 13 tahun apabila dia menyasarkan mangsa pertamanya, seorang gadis berusia 13 tahun, pada Mac 2021.

Dia terus menyasarkan lima lagi mangsa sehingga lewat 2022. Enam gadis itu berusia antara 12 dengan 14 tahun ketika dia melakukan kesalahan tersebut.

Pada 1 April, pesalah itu mengaku bersalah atas lapan tuduhan bagi kesalahan termasuk pencabulan dan rogol.

Lagi 17 pertuduhan lain diambil dalam pertimbangan semasa menjatuhkan hukuman.

Dia tidak boleh dinamakan, kerana umurnya di bawah 18 tahun dan dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda.

Pesalah itu bertemu mangsa pertama pada 28 Mac 2021 dan mereka bersetuju menjalin hubungan.

Keesokan harinya, pasangan itu pergi ke tangga di blok rumah flat tempat gadis itu tinggal dan melakukan hubungan seks.

Pasangan itu kemudian berpisah, dan pesalah bertemu mangsa kedua, yang ketika itu berusia 12 tahun, ketika mereka dimasukkan ke hospital di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK pada Julai 2021.

Remaja lelaki itu mempunyai masalah pada kaki pada masa itu, manakala gadis berkenaan mengalami masalah pernafasan. Mereka berkawan dengan bertukar-tukar butiran media sosial mereka.

Mangsa kedua sedang menonton rancangan di telefon bimbitnya di hospital pada 9 Julai 2021, apabila pesalah pergi ke katilnya dan mencium pipi kiri tanpa kebenarannya.

Gadis itu memberitahu seorang jururawat tentang kejadian itu pada keesokan harinya, tetapi pesalah itu telah dibenarkan keluar.

Dia bertemu mangsa ketiga, ketika itu berusia 13 tahun, pada 16 Januari 2022, melalui media sosial.

Mereka mula berbual dan bersetuju untuk bertemu di Lot One Shoppers’ Mall di Choa Chu Kang, tiga hari kemudian.

Selepas menghabiskan masa bersama pada 19 Januari 2022, dia meminta gadis itu menjadi teman wanitanya, dan gadis itu bersetuju.

Pesalah itu kemudian mula menyentuh gadis itu di khalayak ramai tanpa persetujuannya, dan ini mendorong gadis itu berpisah dengannya pada hari itu juga.

Dia bertemu mangsa keempat, yang ketika itu berusia 14 tahun, berhampiran Marsiling pada April 2022, semasa dia melepak dengan rakan-rakan selepas sekolah.

Gadis itu juga menjadi teman wanitanya dan dia pergi ke rumah gadis itu beberapa kali antara April dengan Mei 2022.

Gadis itu diganggu secara seksual tiga kali dalam lawatan yang sama.

Pada April 2022 semasa di sekolah, remaja itu bertemu mangsa kelima. Beberapa ketika pada Jun 2022, pasangan itu pergi tangga di sebuah flat dan melakukan hubungan seks.

Empat bulan kemudian, pesalah mengenali mangsa keenam melalui media sosial dan mereka bertemu di Lot One Shoppers’ Mall kira-kira satu hingga dua minggu kemudian.

Mereka kemudian melakukan hubungan seks di tangga blok flat tempat gadis itu tinggal.

Dokumen mahkamah tidak mendedahkan bagaimana kesalahan remaja itu terbongkar tetapi dia kemudian didakwa di mahkamah pada 2024.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg