Agensi pelancongan Hahnemann Travel & Tours akan menawarkan pakej 12 hari Umrah Syawal bermula dari 28 Mac hingga 8 April 2026.
Jemaah umrah boleh meraih keberkatan Syawal dengan pengalaman yang diatur rapi. Pakej umrah ini sesuai buat keluarga dan individu yang ingin merasakan ketenangan selepas Ramadan dengan layanan penuh amanah dan ihsan.
Pakej Umrah Syawal termasuk:
• Penerbangan pergi-balik yang selesa bersama Qatar Airways
• Destinasi: Madinah dan Makkah
• Hotel 5-bintang premium dekat dengan Masjid Nabawi dan Masjidil Haram
• Kereta api laju antara kota suci
• Mutawif berpengalaman membimbing setiap langkah ibadah
• Hidangan eksklusif di Hotel Jumeirah dengan lauk-pauk Melayu nostalgia
• Pencuci mulut istimewa daripada bahan kelapa dan durian
Ziarah Khas di Madinah:
• Makam Rasulullah saw
• Masjid Quba – masjid pertama dalam Islam
• Ladang kurma segar
• Telaga Salman Al-Farisi
Ziarah Khas di Makkah:
• Jabal Noor (Gua Hira’)
• Jabal Thur
• Padang Arafah, Mina dan Muzdalifah
• Tiga kali umrah bimbingan khas bersama mutawif
Satu lagi program istimewa ialah Jejak Rasul. Acara ini bermula dari 15 April hingga 25 April 2026.
Perjalanan Jejak Rasul bukan sekadar ziarah. Ia perjalanan merentasi tanah para nabi, kota suci, dan tamadun agung dunia. Jemaah akan bersama selebriti Haryani Othman, yang juga pengasas dan pengarah urusan Mak Besar.
‘Jejak Rasul’ merangkumi lawatan ke tempat suci seperti berikut:
* Jordan: menjejaki sejarah para nabi
* Amman dan Petra: warisan Islam keajaiban dunia
* Jerusalem dan Masjid Al-Aqsa: kota suci penuh keberkatan
* Mesir (Kaherah dan Alexandria): Piramid, Sphinx, Masjid Al-Azhar, Perpustakaan Alexandria dan banyak lagi tempat menarik
Harga pakej Umrah dan Ziarah 2026 tawaran Hahnemann ialah:
1. Januari 2026
– 11H Umrah: daripada $4,490
– 12H Umrah + Taif (Israk Mikraj di Makkah): daripada $4,590
– 12H Umrah + Taif (Israk Mikraj di Madinah): daripada $4,590
– 15H Aqsa + Umrah: daripada $6,190
– 11H Jejak Rasul (Aqsa + Cairo): daripada $4,990
2. Februari 2026
– 12H Umrah + Taif: daripada $4,490
– 11H Awal Ramadan Jumeirah: daripada $6,190
3. Mac 2026
– 12H Umrah Syawal: 28 Mac – 8 April, daripada $4,590
4. April 2026
– 11H Jejak Rasul (Aqsa + Cairo) bersama Haryani Othman: 15 – 25 April, daripada $4,990
Harga tidak termasuk visa Arab Saudi dan insurans. Tertakluk kepada terma dan syarat. Tempah sekarang bersama Hahnemann Travel & Tours. Tempat terhad!
Kenapa Pilih Hahnemann Travel?
* Hotel premium berhampiran masjid utama pakej menarik dan dimampui.
* Keselamatan, bimbingan dan keselesaan terjamin. Layanan penuh amanah dan ihsan – bagai ahli keluarga sendiri. Kerjasama dengan agensi tempatan berpengalaman.
* Hubungi Hahnemann Travel hari ini untuk tempahan dan maklumat lanjut. Tempat terhad – rebut peluang untuk bersama dalam perjalanan penuh barakah ini!
SEKILAS 1:
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
1. Talian 6749-1131 atau WhatsApp ke talian 9775-2605. Layari laman www.hahnemanntravel.com.sg
2. Kunjungi pejabat Hahnemann Travel & Tours di 60 Paya Lebar Road, Office Lobby 2, #12-42 Paya Lebar Square, 409051 (bersebelahan Stesen MRT Paya Lebar – EW8)
SEKILAS 2:
Hahnemann Travel & Tours, dengan kerjasama Mak Besar, akan menyertai Acara Grand Market @ Suntec yang akan berlangsung dari 6 hingga 8 Februari 2026 di Suntec Convention Centre Dewan 404 - 405. Pengunjung berpeluang mendapatkan tawaran hebat dan diskaun menarik bagi pakej umrah & wisata.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg