Menunaikan ibadah umrah Ramadan semakin menjadi pilihan masyarakat Islam Singapura.
Ramai yang ingin merasakan suasana berpuasa, bersolat tarawih dan melaksanakan ibadah-ibadah sunat di Masjidil Haram.
Perjalanan ini mengingatkan kita kepada peristiwa agung Israk dan Mikraj, di mana Rasulullah saw menjalani Israk dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, lalu dibawa ke langit untuk menerima perintah solat (Mikraj).
Peristiwa ini meneguhkan hubungan kerohanian antara Makkah, Madinah dan Al-Aqsa, tiga masjid suci yang menjadi destinasi utama umat Islam.
Pengarah Hahnemann Travel & Tours, Encik Ahmad Hahnemann Abdul Kadir, berkata: “Kami berpegang pada prinsip setiap umat Islam berhak menunaikan rukun Islam kelima dengan harga yang munasabah tanpa menjejas mutu layanan.
“Kami layan jemaah seperti keluarga sendiri. Ini bukan sekadar perkhidmatan, ini adalah amanah.”
Nabi Muhammad saw bersabda: “Laksanakanlah umrah pada bulan Ramadan, kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadan menyamai pahala haji.” (Hadis Sahih Bukhari, 1782)
Hahnemann Travel & Tours turut mengadakan program Umrah Ramadan eksklusif untuk para pencinta ibadah umrah.
Jemaah digalakkan mengejar ganjaran besar dalam bulan Ramadan, sambil menziarahi bumi penuh barakah, Makkah dan Madinah, serta menghayati makna peristiwa Israk dan Mikraj, yang menghubungkan kita dengan Masjid Al-Aqsa.
Bagi penginapan, jemaah ditawarkan hotel lima bintang dengan harga berpatutan yang penuh keselesaan, hanya selangkah ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Dengan lebih 35 tahun pengalaman dalam pengurusan umrah, kepercayaan dan kepuasan jemaah sentiasa menjadi keutamaan.
Agensi pelancongan tempatan ini menyediakan pakej-pakej menarik yang mampu dimiliki jemaah.
Keselamatan, bimbingan dan keselesaan sentiasa dijaga.
Setiap jemaah diberikan layanan penuh amanah, ihsan dan perhatian, bagaikan ahli keluarga sendiri.
Pakej Lengkap merangkumi:
- Penerbangan pergi dan balik
- Penginapan hotel 5 bintang berhampiran Masjidil Haram & Masjid Nabawi
Hidangan eksklusif di Hotel Jumeirah dengan menu luar biasa:
- Masakan Antarabangsa, Arab, India, Asia
- Pelbagai sambal dan lauk-pauk Melayu
- Buah-buahan tempatan seperti kelapa, durian dan banyak lagi pilihan istimewa
- Perjalanan dengan kereta api laju untuk keselesaan maksimum
Bimbingan ibadah oleh mutawif berpengalaman:
- Kelebihan Jemaah Berkumpulan
- Lebih menjimatkan berbanding perjalanan sendiri
- Sokongan dan motivasi bersama sepanjang ibadah
- Pengalaman lebih bermakna dengan suasana ukhuwah dan kebersamaan
Hahnemann Travel & Tours juga akan mengadakan satu program kembara berjudul Jejak Rasul 2026, yang berlangsung dari 15 hingga 25 April 2026.
Tempat-tempat yang bakal dilawati termasuk Jordan, Palestin, Kahirah dan Alexandria.
Tetamu istimewa ialah selebriti tempatan, Haryani Othman. Oleh sebab tempat adalah terhad, jemaah yang berminat digalakkan menempah seawal mungkin.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
1. Talian 6749-1131 atau WhatsApp ke talian 9775-2605. Layari laman www.hahnemanntravel.com.sg
2. Kunjungi pejabat Hahnemann Travel & Tours di 60 Paya Lebar Road Office Lobby 2, #12-42 Paya Lebar Square, 409051 (bersebelahan Stesen MRT Paya Lebar – EW8).


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg