Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lapangan terbang S’pura tiada struktur konkrit seperti nahas di Jeju

Jan 8, 2025 | 3:12 PM
Pada 29 Disember 2024, pesawat Jeju Air 2216 terlibat dalam kemalangan tragik yang meragut 179 nyawa.
Pada 29 Disember 2024, pesawat Jeju Air 2216 terlibat dalam kemalangan tragik yang meragut 179 nyawa. - Foto AFP

Lapangan terbang di Singapura tidak mempunyai struktur konkrit berhampiran landasan seperti struktur yang menyebabkan kerosakan teruk dalam nahas pesawat Jeju Air 2216, kata Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, di Parlimen pada 8 Januari.

Menurut Encik Chee, berdasarkan maklumat yang tersedia setakat ini, kewujudan struktur konkrit di hujung landasan itu memburukkan lagi kesan nahas tersebut.

Menjawab soalan daripada Anggota Parlimen, Encik Ang Wei Neng (GRC West Coast), mengenai pengajaran daripada nahas tersebut dan langkah yang diambil Singapura untuk mencegah insiden serupa, Encik Chee berkata:

“Lapangan terbang kami tidak mempunyai struktur konkrit berhampiran landasan seperti itu.

“Semua peralatan yang diperlukan bagi pengemudian udara yang terletak berhampiran landasan kami telah direka supaya terpisah (dari lokasi asalnya) jika berlaku pelanggaran.”

Pada 29 Disember 2024, Jeju Air 2216, sebuah pesawat jenis Boeing 737-800, mengalami pelanggaran dengan burung dan cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan. 

Gear pendaratan, termasuk roda pesawat itu, dikatakan gagal diturunkan sebelum pesawat mendarat.

Pesawat tersebut terbabas dari landasan dan merempuh sebuah pengadang berhampiran tembok konkrit yang menempatkan susunan antena.

Insiden yang mengorbankan 179 nyawa ini merupakan nahas penerbangan paling teruk yang pernah dialami Korea Selatan, lapor The Business Times (BT).

Encik Chee menegaskan bahawa Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) sedang berhubung dengan pihak berkuasa Korea Selatan, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat dan syarikat penerbangan Boeing, sementara siasatan ke atas insiden tersebut diteruskan.

CAAS akan menilai dan mengambil tindakan pencegahan yang diperlukan apabila maklumat lanjut mengenai insiden tersebut tersedia.

“CAAS juga telah memeriksa penyelenggaraan sistem berkaitan pada pesawat 737-800 kami, yang merupakan model sama dengan pesawat yang terlibat dalam insiden itu, dan mereka tidak menemui sebarang kejanggalan atau masalah pada keutuhannya,” tambah Encik Chee.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg