Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Laporan terbaru kelestarian sektor awam kurangi pelepasan karbon diterbit

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laporan terbaru kelestarian sektor awam kurangi pelepasan karbon diterbit

GreenGov.SG bukti komitmen terhadap pencapaian matlamat kelestarian pemerintah
Dec 15, 2023 | 05:59 PM



Singapura telah menerbitkan satu laporan mengenai prestasi kelestarian alam sekitar sektor awamnya, menjadi salah satu negara pertama di dunia yang melakukan ini dan mendahului jiran-jiran serantau dalam menunjukkan komitmen terhadap pencapaian matlamat kelestarian.

Laporan tersebut, yang dikenali sebagai GreenGov.SG, menyediakan gambaran prestasi terkini sektor awam dalam pelepasan gas rumah hijau serta penggunaan tenaga dan air.

Pengumuman penerbitan laporan itu dilancarkan di Politeknik Singapura (SP) pada 15 Disember oleh Setiausaha Parlimen Kanan (Kemampanan dan Sekitaran), Encik Baey Yam Keng, dalam acara bertajuk Menuju Arah Sifar Bersih Dalam Sektor Awam.


Encik Baey berharap laporan tersebut akan membantu rakyat Singapura memahami perubahan iklim yang berkaitan dan tindakan yang diambil oleh sektor awam untuk mengatasi perubahan tersebut.

Inisiatif ini dianggap sebagai langkah penting dalam usaha negara mengetuai inisiatif dalam bidang kelestarian alam sekitar, dan memberikan contoh bagi negara-negara lain dalam mengambil langkah proaktif terhadap perubahan iklim.

Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, berkata laporan GreenGov.SG itu menekankan iltizam pemerintah untuk menjadi sebahagian daripada agenda iklim negara.

Cik Fu tidak dapat hadir untuk pengumuman penerbitan laporan itu di SP pada 15 Disember kerana telah dijangkiti Covid-19 setelah kepulangannya dari Konsensus Amiriah Arab Bersatu (UAE).

“Seperti sektor swasta dan masyarakat lebih luas, kami belajar sedang kami memulakan perjalanan kemampanan kami,” katanya, sambil menggalakkan individu, perniagaan, masyarakat sivil dan kumpulan masyarakat untuk menyertai usaha itu.

Laporan GreenGov.SG itu pertama kali diperkenalkan pada 2021, dan memperincikan pencapaian terkini sektor awam dari segi pelepasan gas dan penggunaan tenaga dan air untuk tahun kewangan 2022 dari 1 April 2022 hingga 31 Mac 2023.

“Laporan GreenGov.SG bertujuan untuk memimpin perjalanan kemampanan negara kita, dengan meningkatkan tahap sasaran kemampanan sektor awam, menanamkan kemampanan dalam operasi teras kami dan membina budaya kemampanan di kalangan pegawai kami,” ujar Encik Baey dalam ucapannya.

Sektor awam telah komited untuk mencapai pelepasan sifar bersih sekitar tahun 2045 – lima tahun lebih awal daripada sasaran negara.

“Inisiatif ini dapat membantu mempercepatkan langkah dasar yang kami sediakan untuk mengurangkan pengeluaran karbon dioksida sektor awam. Latihan sebegini juga menyediakan belia kita untuk memainkan peranan penting dalam memajukan kemampanan dalam masyarakat dan ekonomi kita pada masa hadapan,” ujar Encik Baey dalam ucapannya.

Acara itu juga menunjukkan komitmen Politeknik Singapura untuk mencapai sasaran pelepasan karbon sifar melalui Decarbonisation Playbook atau buku panduan tentang penyingkiran atau pengurangan pengeluaran karbon dioksida (CO2) ke atmosfera untuk Institut Pengajian Tinggi (IHL) oleh Pengetua merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SP, Encik Soh Wai Wah.


Buku panduan itu memaparkan pendekatan SP untuk mencapai sifar bersih. SP juga membantu untuk membina keupayaan industri dengan bekerjasama dengan KPMG untuk menyediakan program latihan penyahkarbonan untuk perusahaan, dan menjalankan kursus untuk menggalakkan perubahan tingkah laku yang mampan.

SP akan melancarkan program untuk menggalakkan perubahan tingkah laku mampan dalam bangunan berdasarkan program kemampanan BCA di Singapura mulai pada suku kedua 2024.

Inisiatif sedemikian sejajar dengan komitmen Singapura untuk mengurangkan pelepasan karbon dan mencapai status sifar bersih, kerana pengguna bangunan biasanya bertanggungjawab untuk hampir separuh jumlah penggunaan elektrik dalam bangunan.

Encik Baey berkata: “Setiap kali saya melihat keghairahan belia kita terhadap alam sekitar, saya sedar bahawa memupuk kemampanan adalah lebih daripada sekadar pilihan. Ia merupakan komitmen kita sebagai penjaga planet ini untuk mewujudkan dunia yang lebih baik untuk generasi sekarang dan akan datang”.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >