Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Larian amal mulakan sambutan Ramadan di Kampong Gelam

$4,000 dikumpulkan untuk bantu keluarga susah
Feb 15, 2025 | 5:17 PM
Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (dua dari kiri), sertai Larian Amal Kampong Gelam pada 15 Februari.
Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (dua dari kiri), sertai Larian Amal Kampong Gelam pada 15 Februari. - Foto ONE KAMPONG GELAM

Hampir 200 peserta menyertai larian amal yang diadakan di Kampong Gelam pada 15 Februari untuk membuka tirai perayaan Ramadan di kawasan ikonik tersebut.

Selain mengumpul dana, Larian Amal Kampong Gelam itu juga bertujuan menyebar mesej anti-dadah.

Larian sejauh 2.5 kilometer itu bermula di Kelab Masyarakat Kampong Glam dan berakhir di garisan penamat di lorong belakang Masjid Sultan.

Sebanyak $4,000 berjaya dikumpulkan dan wang itu akan digunakan untuk menyokong usaha kelab masyarakat tersebut membantu keluarga susah.

Jumlah terkumpul diserahkan kepada Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Central, Cik Denise Phua, dalam bentuk cek.

Turut hadir ialah Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Acara tersebut dianjurkan oleh One Kampong Gelam (OKG) yang turut menganjurkan Bazar Ramadan di kawasan itu.

Bazar Ramadan 2025 dijadual berlangsung selama 35 hari dari 19 Februari hingga 25 Mac.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg